Khutbah jumaat..Nuzul Quran


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayng

"Sayang.. tolong abang tuliskan ni..."Suamiku berkata sambil dia menghulurkan sebatang pen dan sehelai kertas kosong. Saya masih terpinga2. Tak faham. Baru je balik daripada solat jumaat.

"Apa ni? Nak buat ape?".

"Abang nak mintak sayang tolong tuliskan isi2 penting dalam solat jumaat tadi. Dr.Danial yang bagi khutbah, dia cerita tentang Nuzul Quran. Abang bagi isi, sayang tulis, lepas tu sayang tolongla huraikan, boleh letak dalam blog. Sayang kan pandai tulis." Tersengih dia. Membodek la tuh. Itulah suami saya. Dia suka bercerita apa yang telah disampaikan dalam solat jumaat. Kadang2 dia bercerita masa makan tengahari, kadang2 waktu petang atau malam.

Hari Nuzul Quran 17 Ramadhan, jumaat lepas di mana ia merupakan cuti umum. Sepatutnya saya bercerita tentang ini jumaat lepas, tapi tak sempat nak menulis. Seperti yang kita sedia maklum, Bulan Ramadhan merupakan bulan paling mulia, bulan paling special dalam kalangan bulan2 lain yang Allah anugerahkan kepada umat islam. Kenapa?. Sebabnya dalam bulan ini ada satu malam yang mana ia lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar. Sedar tak sedar, hari ini telah masuk Ramadhan yang ke 23 iaitu 10 hari terakhir yang ditunggu2, pecutan terakhir sebelum ia berakhir, mengembara mencari cintaNya, mencari ampunanNya. Di sini keimanan dan ketaqwaan kita teruji, sama ada kita sanggup mengorbankan mimpi2 indah kita dengan bangun bermunajat kepada Yang Esa atau terus lena dibuai mimpi.

Hakikatnya, Ramadhan bukan bertujuan untuk mengurangkan berat badan, untuk kelihatan cantik dan menawan kerana berpuasa seperti yang banyak diiklankan di televisyen, tetapi ia adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Allah ada menjelaskan dalam firmanNya yang bermaksud, "Wahai orang2 yang beriman!, Diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agapr kamu bertaqwa." (Surah AlBaqarah: ayat 183)

Apakah yang dimaksudkan dengan taqwa?. Abdullah Ibnu Mas'ud dalam Tafsir Ibnu Kathir menyatakan Taqwa sebagai taat bukan ingkar, ingat bukan lupa, syukur bukan kufur. Adakah kita benar2 bertaqwa kepadaNya?.


"Sesunggungnya orang2 yang beriman adalah..

1. Mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,
2. dan apabila dibacakan ayat2Nya kepada mereka, bertambah kuat imannya..
3. dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal,
4. Iaitu orang2 yang melaksanakan solat,
5. dan yang menginfakkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka."
(Surah AlAnfal: ayat 2)

Kita?

Apabila mendengar atau membaca ayat2Nya, gementar tak hati kita? bertambah kuat tak iman kita? Kalau tak, something wrong somewhere in our heart. Check it out!.

Masyarakat kita hari ni pelik dan aneh tapi benar!. Rasa2nya Bulan Ramadhan ni adalah satu bulan yang tak boleh nak spend duit malah semakin tiada duit. Bazar Ramadhan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bagaikan satu fenomena. Masyarakat pula berpusu2 ke Bazar Ramadhan. Duit dibelanjakan untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa, kadang2 tak habis pun makanan yang dibeli kerana terlalu banyak, maka akhirnya terbuang dan membazir. Dua minggu terakhir Ramadhan pula, masyarakat mula membeli dan menukar langsir baru, perabot baru dan segala-galanya baru. Iklan di televisyen pula semakin banyak mempengaruhi pengguna membeli perabot baru sama ada secara tunai mahupun hutang. Ini adalah satu fenomena yang sering dilihat setiap tahun.

Di Bulan Ramadhan yang mulia ini juga, masih banyak yang membuat maksiat malah ia semakin berleluasa. Pasangan yang beragama islam berdua-duaan di bilik hotel selepas berbuka puasa, ada juga yang tanpa segan silu berdua-duaan di tepi2 jalan. Seperti yang dapat dilihat pada malam 31 Ogos bersamaan 21 Ramadhan, terdapat begitu ramai mat2 motor bersama pasangan masing2 di sepanjang pantai Queensbay, pantai seagate, dan padang kota. Terlalu ramai. Sayang sekali, saya tak sempat mengambil gambar mereka untuk ditunjukkan di sini. Inilah titik2 hitam yang akan memulakan fenomena pembuangan bayi secara besar-besaran selepas 9 bulan dari sekarang. Astaghfirullahal'Azim.

Berbalik kepada NuzulQuran, waktu ini cuti umum. Tapi kita hanya sekadar cuti, tapi tak cuba mendekati AlQuran. Umat islam sekarang hanya mengaji AlQuran tapi tak cuba mengkaji isi kandungannya, menghayati maksudnya serta mengamalkan suruhanNya. Kita perlu memaksa diri kita untuk membuat lebih baik dari yang biasa. Suatu perkara yang dipaksa semata2 untuk mencari redhaNya, insyaAllah keikhlasan dan ketenangan akan wujud dalam hati kita.

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka2nya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (Surah AtThalaq: ayat 2 dan 3)




"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

Wahai isteri, berbahagialah bersma suamimu..




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Kadang2 saya rasa cemburu melihat sahabat2 saya berprogram..


Kadang2 saya rasa cemburu melihat sahabat2 saya berjuang di Selatan Thai, juga di Gaza..


Kadang2 saya rasa terkilan kerana tidak dapat bersama2 dengan mereka..


Namun... saya harus yakin bahawa..


Orang yang telah berkahwin tanggungjawabnya lebih besar pada keluarga..


Isteri wajib mendahulukan suami berbanding orang lain..


Redha Allah terletak pada redha suami..


Saya ingin mencari redha Allah, jadi saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri seikhlas mungkin..


Saya perlu bermujahadah dalam menjalani task ini, kerana saya ingin menjadi redha Allah... Oleh sebab itu saya perlu terlebih dahulu mencari redha suami..


Jadi, saya tak perlu rasa cemburu kepada sahabat2 saya, kerana saya yakin saya berada di jalan yang lurus, saya sedang bermujahadah melawan kehendak nafsu yang membelenggu diri..


Di sini, saya ingin dedikasikan tazkirah ini buat para isteri, dan juga kepada sesiapa yang bergelar isteri... "Wahai isteri, Berbahagialah bersama Suamimu"..yang bersumber dari Majalah i.


1. Isteri menghormati suami.

Apabila isteri menghormati suami, maka dengan mudahnya suami akan tuprut sama menghormatinya. Sekiranya sebagapi isteri kita tidak mampu menghormati suami, maka akan selamanyalah kita akan menderita hidup di sisi suami. Mengapa?


Ketahuilah, isteri yang menghormati suami adalah isteri2 penduduk syurga. Rasulullah saw pernah bersabda mereka adalah golongan yang mudah meminta maaf. Bukankah meminta maaf merupakan bentuk pengphormatan tertinggi? Bukankan menghulurkan tangan mengharapkan maaf suami merupakan sikap hormat isteri kepadanya? Maka, jika kita ingin menghormati suami, jadilah isteri yang sabar atas kekhilafannya. Jadilah isteri yang tidak pernah menentang suami saat dia mula marah. Jadilah isteri yang menghargai dan menghormati cemburu suami. Jadilah isteri yang mampu menjaga suami. Enggan meminta maaf kepada suami adalah bukti kesombongan isteri. Tunjukkan rasa hormat dan perhatian kita, insyaAllah kita akan bahagia di sisinya.


2. Menjadi isteri yang bertanggungjawab.


Mari kita ikuti kisah teladan Asma', puteri Abu Bakar As'Siddiq. Dia merupakan isteri yang bertanggungjawab, menghormati perasaan dan kecemburuan suaminya. Suaminya ialah Zubair, seorang sahabat yang fakir. Asma' tahu bahawa suaminya sangat memerlukan bantuannya untuk turut sama memikul tanggungjawab di rumah. Kebiasaannya Asma' akan menguruskan makanan kuda Zubair, menyediakan air minumnya, menumbuk gandum, mengusung biji2an dari kebun dan lain2 lagi.


Namun, tanggungjawab bereat ini sedikitpun tidak menguragkan rasa hormatnya kepada suami. Dia sentiasa menjaga perasaan suami dan kecemburuannya. Dia lebih rela berjalan kaki sambil mengusung biji2an di atas bahunya daripada menumpang kenderaan orang lain. Keperibadian inilah yang mendorong Zubair bagitu menghargai isterinya, seraya dia berkata, "Demi Allah, pengorbananmu untuk membawa biji2an itu jauh lebih berat bagiku daripada dudukmu di atas unta Rasulullah saw."


Memang benar, Asma' lebih mendahulukan kecemburuan suaminya sehingga tidak menerima tawaran Rasulullah saw untuk naik di atas unta Baginda ketika sedang mengusung biji2an.


3. Isteri yang terbuka dan menghargai perasaan.


Ketenteraman perasaan dipengaruhi oleh terungkapnya isi hati yang ikhlas dan luhur. Ungkapan isi hati tentang rasa cinta kasih isteri terhadap suami merupakan faktor utama untuk mewujudkan kebahagiaan rumahtangga. Para suami sangat memerlukan hal itu sebagaimana isteri juga turut memerlukannya. Namun, mengapa para isteri enggan berbuat demikian?


4. Percaya kepada suami.


Rasa cemburu merupakan bujti yang sangat kuat akan besarnya cinta dan kasih isteri kepada suaminya. Bahkan perasaan cemburu itu juga boleh diluahkan untuk mengungkapkan isi hati isteri kepada suaminya, bahawa dia sangat mencintai dan mengasihinya. Walaubagaimanapun, cemburu itu tergolong kepada 2 perkara sebagaiana yang disebutkan oleh Rasulullah saw, "Ada di antara sifat cemburu yang dicintai dan ada pula yang dibenci oleh Allah. Adapun cemburu yang dicintai Allah adalah cemburu dalam keragu2an, sedangkan cemburu yang dibenci Allah adalah cemburu tidak dalam keragu2an."


Hakikatnya, perasaan cemburu itu tidak boleh menghilangkan kepercayaan isteri kepada suaminya, misalnya si isteri mengatakan, "Mengapa pulang lambat?" atau "Abang dari mana?" atau "Berapa pramai wanita yang bekerja di pejabat abang?".


Persoalan2 ini merupakan cemburu yang tidak dibolehkan, selain merenggangkan hubungan, ia juga boleh meruntuhkan rumahtangga.


5. Menjadi Isteri yang berakhlak terpuji.


Seorang suami akan berasa bahagia jika isterinya mempunyai akhlak yang mulia. Sifat wanita yang buruk adalah wanita yang perkataannya sentiasa kasar, berbentuk ancaman, suka memburuk2kan orang lain serta sombong. Selain itu, dia juga tidak mengasihi suami, sedikit rasa malunya, suka mencela, pemarah, rumahnya kotor, suka menunjuk dengan tangan dan jarinya, suka berbohong, dan menangis inginkan simpati. Sementara isteri yang berakhlak terpuji pula tidak memiliki sifat2 tersebut.


"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

PRE-RAYA SALE!!!!!

Assalamualaikum

Sempena hari raya yang bakal tiba ini, saya menjual beberapa jenis biskut seperti Tart Gulung, Biskut Denmark, Nestum Chocolate Chip dan Biskut Treasure Hunt. Kerepek juga ada dijual dengan harga yang sangat istimewa. Kepada sahabat2 serta tetamu2 yang berminat, boleh ketahui maklumat lanjut di sini ye.. Jemputla singgah. Blog ni masih baru lagi, jomla kita bersama2 memeriahkan NaZZaHoMe's..


"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

Nasihatnya.. 'sabar'..



"Sayang.. Ingat tak kisah Nabi Daud? Tentang penyakitnya yang berpanjangan.. Penyakit yang aneh..sehingga matahari menembusi kulitnya, sehingga ulat2 yang hidup subur di badan Nabi Ayub sudah tiada apa lagi untuk di makan. Hebatkan ujiannya?.. Mungkin juga Nabi2 lain inginkan diuji seperti itu, tapi dalam banyak2 Nabi, Nabi Ayub yang terpilih. Ini kerana Allah Maha Tahu, hanya Nabi Ayub yang mampu melalui ujian seperti ini."


"Sayang ingat tak kisah Nabi Sulaiman?. Nabi Sulaiman dianugerahi dengan kekayaan dan kerajaan yang besar yang tidak ada kerajaan seperti ini di zaman2 lain. Kenapa Nabi Sulaiman? tidak Nabi2 lain?. Ini juga kerana Allah Maha Tahu hanya Nabi Sulaiman yang mampu melalui ujian kekayaan seperti ini. Kalau kita yang dapat seperti ini, agak2 kita ingat Allah tak?..."


"Sedangkan para Nabi dan Rasul juga diuji, apatah lagi kita. Apalah sangat ujian kita jika nak dibandingkan dengan ujian para Nabi. Setiap manusia pasti ada masalah sendiri, dan ujian setiap orang itu berbeza, sesuai dengan kesanggupannya. Dan ujian yang Allah bagi itu adalah untuk kita berfikir cara penyelesaian yang terbaik."


"Kita kena sabar ye sayang.. Abaikan apa yang orang lain kata tentang kita, yang penting kita jalankan tanggungjawab kita sebaik mungkin. Ingatlah, sabar itu separuh daripada iman dan Allah beserta orang2 yang sabar."


Tazkirah pagi ini sangat terkesan. Tazkirah dari seorang suami yang ingin berjihad. Ya Allah, aku redha dengannya, KAU redhailah kami..



"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

Task yang lebih berat..

Firman Allah swt:

"Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai mengerjakan sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain pula. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap." (Surah AsSyarhu:6-8)

Dan begitulah kehendah Allah. Apabila sesuatu task diberi, maka task lain pula akan diberi. Dan pastinya task yang menuggu itu adalah lebih berat dan task sebelumnya. Ini tidak lain adalah untuk membina kekuatan jiwa kita sebagai hamba, untuk kita terus bermunajat dan bermohon kepadaNya.


"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..




Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini.

Bulan yang dipenuhi dengan rahmat, pengampunan, kemuliaan dan kasih sayang daripada Allah..

Bulan untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, berpuasa, membaca Alquran..

Bulan yang akan mendisiplinkan kita untuk menjadi mukmin sejati..

Rasulullah saw bersabda, "Seandainya seorang hamba mengetahui apa yang terkandung dalam bulan Ramadhan, dan apakah sebenarnya Ramadhan itu, nescaya hamba itu akan berangan-angan agar satu tahun penuh dijadikan oleh Allah sebagai bulan Ramdhan. " (HR Tabrani)


Apa yang kita rancangkan untuk Ramadhan ini?


Beli baju raya?

Buat kuih raya?

Cat rumah baru..?

Beli perabot baru..?

Dan ....

....

....


Tak tersenarai rasanya kan? Maklumlah nak menyambut hari raya setahun sekali..

Itu adalah yang amat kita nanti2kan....


Itu kita..


Berlainan sekali dengan Rasulullah, sepanjang Ramadhan.. masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah sepanjang malam, memohon doa dan pengampunan serta melakukan amal ibadah sebanyak-banyaknya..


Apa lagi amalan2 Rasulullah?

Apa lagi kelebihan Ramadhan?

Apa itu tarbiyah Ramadhan?


InsyaAllah, saya akan kongsikan di lain post..


Semoga hari ini kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik serta menjaga hati dan lidah dengan sempurna, agar ibadah kita diterima.









"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

..Abah..


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Abah pergi meninggalkan kami setelah dia menanggung derita di ICU genap sebulan. Alhamdulillah, Allah selamatkan abah dari penderitaan yang berpanjangan. Saya tak sempat kenal abah lebih lama. Yang pastinya, abah sangat ceria dan suka bercerita. Saya sayang abah, kami semua sayang abah.

Malam itu, selepas abah selamat dikebumikan, saya bertanya kepada abang,

"Abang, apa perasaan abang waktu abah pegi? Sayang tengok abang tenang je waktu tu.."


Suamiku melepaskan keluhan berat, perasaan yang sukar untuk digambarkan.

"Sayang.. waktu tu abang sangat sebak. Kalau diikutkan hati, mahu saja airmata ini menitis. Kalau mengingatkan kenangan2 antara kita dan dia, memang abang takkan mampu berada di situ. Tapi abang fikir, walau kita menangis sekalipun, abah tetap takkan kembali. Jadi abang fikirkan apa yang kita boleh buat yang terbaik untuk dia. Alhamdulillah, abang dapat bacakan yaasin untuk abah, mandikan abah, solatkan abah, kebumikan abah dan abang sendiri yang masukkan abah dalam liang lahad. Dan sekarang apa yang boleh abang buat untuk abah adalah berdoa sentiasa untuk kesejahteraan abah kerana doa anak yang soleh itu boleh membantu abah menghadapi kehidupan di sana."

Semoga yaasin yang kami bacakan untuk abah setiap pagi, tengahari dan malam memudahkan abah untuk pergi menghadap Ilahi. Alhamdulillah, abah pergi dengan tenang, pada hari jumaat yang mulia. Semoga Allah tempatkan abah dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah. Amiin.




"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

Allah beri task yang baru..



Dapur telah cantik dikemas, baju telah habis dicuci, langsir telah siap dijahit.. Masak? Not yet..awal lagi ni.. Sekarang tiba masanya untuk saya melepaskan rasa rindu mendalam pada blog saya yang comel ni..hihi..

Hari ini, saya akan memulakan task yang baru. Task yang Allah beri pada saya. Saya rasa takut. Saya rasa risau. Saya rasa sedih. Semua saya rasa.. Sebab saya tak tau boleh ke saya buat yang terbaik. Tapi Allah telah berjanji bahawa..

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang dilakukannya..." (Surah AlBaqarah : ayat 286)

Kurang sedikit kerisauan saya. Tapi Allah minta supaya..

"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang2 yang khusyuk." (Surah AlBaqarah:ayat 45)

"Barangsiapa mengikuti petunjukKu, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." (Surah AlBaqarah : ayat 38)

Saya berbangga kerana Allah memilih saya..

Saya gembira kerana Allah beri saya seorang suami yang sangat memahami saya..

Saya dapat task ini kerana Allah sayangkan saya. Allah ingin mengajar saya sesuatu yang baru, sesuatu yang tak pernah saya bayangkan akan lakukan ini, sesuatu yang mencabar bagi saya walaupun bagi orang lain ia nampak biasa2 je.. Task ini insyaAllah akan lebih menguatkan hati saya, mentarbiyah diri saya untuk membentuk BaitulMuttaqin yang saya idam2kan, Amiin.

Dan saya pasti akan merindukan blog ini kerana saya akan berpisah dengannya. Saya juga sangat2 pasti akan merindukan suami saya.

Ya Allahku, i'm happy with this task! =) Selamat tinggal duniaku..



"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

..mereka berpesan..


Teringat pesan Allahyarham atuk..

"Nan.. ko satu-satunya cucu yang atuk jaga dari kecik sampai besar, dah jadi budak baik,faham agama.. ko jangan lupa selalu doakan atuk dalam sembahyang, mintak atuk cepat baik. Badan atuk ni banyak wayar2, cucuk sana sini...sakit.. Ko jangan lupa doakan atuk selalu.."

Lepas tu suara atuk tersekat-sekat, atuk menangis, suaranya antara dengar dan tak. Kemudian, apa yang dapat difahami dan diulang2 adalah..

"ko jadilah budak baik, ingat Allah, buat baik dengan orang.. Doakan atuk selalu"

Banyak yang atuk pesan, perkataannya tak jelas, hanya ini yang dapat difahami.

Malam tadi bersembang-sembang dengan Acik Noh, banyak juga yang dibualkan, banyak input yang diperoleh. Setiap manusia ujiannya berbeza2, dan yang pastinya manusia itu diuji sesuai dengan kesanggupannya. Acik Noh kata,

"Kalau kita berpeluang untuk jaga orang tua lebih2 lagi mertua, kita adalah orang yang sangat beruntung sebab tak semua orang Allah beri peluang untuk melakukan tugas tersebut. Anggaplah ini sebagai amanah yang Allah berikan kepada kita dan Allah nak kita buat yang terbaik. Macam mana kita menjaga orang tua kita, begitu jugalah kita menjaga mertua kita. Yang penting sekali kita kena ikhlaskan hati. Sentiasa berdoa kepada Allah yang Maha Mendengar supaya dikuatkan hati kita untuk sentiasa sabar dan ikhlas. Bila kita buat dengan ikhlas, kita akan merasa segala2nya menjadi ringan dan mudah. Hati kita akan menjadi tenang dan lapang."


Tadi Cik Cbah call, dia kata..

"Orang yang dah berkahwin ni, banyak peluang untuk buat pahala. Menjaga suami, menjaga keluarga suami, banyak yang boleh dibuat, pahalanya juga besar. Ini adalah satu peluang untuk buat pahala sebanyak2nya. Jangan fikirkan susahnya, tapi fikirlah ganjarannya.. kalau bukan di dunia InsyaAllah di akhirat."

Saya yakin bahawa apabila kita tinggalkan sesuatu yang baik untuk melakukan sesuatu yang lebih baik, Allah akan menggantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik pula selepasnya. Allah kan Maha Adil.

Saya juga yakin bahawa.. apabila kita meringankan kesusahan orang, Allah akan meringankan kesusahan kita. Apabila kita menolong orang, Allah akan menolong kita. Seperti Sabda Nabi saw:

"Sesiapa melepaskan suatu kesusahan daripada seorang Muslim iaitu saudaranya, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya daripada bermacam2 kesusahan pada hari Akhirat. Dan barangsiapa menutupi kekurangan seorang Muslim iaitu saudaranya, maka Allah akan menutupi kekurangannya di hari qiamat." (HR Bukhari dan Muslim)


Hidup adalah untuk MEMBERI, BERILAH selagi mampu. Syed Qutb ada berkata,

"Apabila kita hidup untuk diri sendiri, kehidupan itu amatlah singkat iaitu bermula dari lahirnya kita ke dunia hingga matinya kita. Tapi seandainya kita hidup untuk orang lain, kehidupan kita amatlah panjang iaitu bermula dari lahirnya manusia pertama di muka bumi hingga ke hari qiamat."


Suamiku berkata,

"Sayang..abang tak nak paksa sayang. Fikir betul2, buat keputusan yang terbaik untuk kita semua. Sayang ada ilmu, abang tau sayang akan fikir berdasarkan ilmu, bukan hanya mengikut perasaan. InsyaAllah abang akan redha dengan keputusan sayang."

Aduhai, baiknya suamiku. Terima kasih kerana memahamiku.


Allah memberi suatu tugasan, bukan untuk menyusahkan tapi untuk mendidik diri agar lebih matang menelusuri kehidupan yang akan datang. Ini adalah suatu proses pentarbiyahan diri menjadi Muslim yang hakiki agar ia menjadi qudwah hasanah kepada anak2, menjadi ummi yang kuat dalam membentuk peribadi Muslim hakiki kepada anak2, insyaAllah. I'm very happy with this task! =)) . Selamat tinggal duniaku..





Terima kasih Ya Allahku..





"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

Hikmah Al-Majid




"Kita perlu ingat, setiap orang memiliki kelebihan


yang tidak sama antara satu dengan yang lain.


Kelebihan itu adalah anugerah Allah yang perlu dihargai.


Manusia perlu yakin pada dirinya sendiri tentang apa yang ada padanya,


sehingga mereka tidak mudah terpesona dengan pujian orang lain.


Manusia perlu merasa malu kepada Allah apabila dia menerima pujian


dan ingin memelihara pujian itu pada dirinya.



-Ahmad Atha'illah-


Luangkanlah waktu sejenak bagi merenung diri sendiri. Sekiranya kita pernah disakiti, dihina, atau dicaci oleh seseorang, maka lupakanlah. Anggap saja perkara itu tak pernah berlaku. Memang susah melupakan sesuatu yang menima kita, apalagi sesuatu yang menyakitkan, tetapi kita perlu cuba melupakannya. Kita perlu sedar hinaan manusia tak membawa sebarang makna apabila dibandingkan dengan penghinaan yang datang dari Allah.


"Sesiapa yang dihina Allah, maka tidak seorang pun yang sanggup memuliakannya."
(Surah Al-Hajj: Ayat 18).


"Ia adalah suatu penghinaan bagi mereka di dunia dan di akhirat mereka memperoleh siksaan yang besar." (Surah AlMaidah: Ayat 33)

"Lalu ditimpakan pada mereka nista kehinaan serta mereka mendapat kemurkaan Allah." (Surah Al-Baqarah: Ayat 61)








"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

KELAS TAJWID




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Saya memohon kepada Allah agar setiap apa yang saya katakan, setiap apa yang saya tuliskan mendapat keredhaan Allah dan sentiasa dalam bimbinganNya. Saya memohon agar ia menjadi saksi di alam baqa' kelak yang akan mewakilkan saya dalam sesi soal jawab nanti.



Secara jujurnya, saya bukanlah orang yang terbaik untuk melakukan ini, bukan juga orang yang punya ilmu tinggi untuk menyampaikan ini. Tetapi saya terpanggil untuk melaksanakan ini memandangkan ia semakin tercicir dalam bacaan harian kita.




Bertunjangkan asas kesyumulan islam, berpaksikan kalimah "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat", berbekalkan setitis ilmu dan pengalaman yang ada, saya akan membuka KELAS TAJWID DAN BACAAN AL-QURAN kepada sesiapa yang berminat (perempuan sahaja) untuk mendalami dan memahami lebih lanjut tentang asas ilmu Tajwid.



Saya nyatakan sekali lagi, tidaklah setinggi mana ilmu yang saya ada, tetapi InsyaAllah berkat ilmu yang telah dipelajari di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis, Banting (SAMTTAR) dan Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya (SAMBEST) dengan bimbingan para ustaz dan para hafiz secara bertalaqqi akan digunakan sebaik mungkin.


Pastinya ilmu saya tidak cukup sekadar itu, tetapi insyaAllah kita akan belajar bersama-sama bagi memperhalusi bacaan AlQuran. Hakikatnya, sebahagian besar daripada kita pandai membaca AlQuran, bijak mengalunkan lagu2 indah di dalamnya. Namun, sejauh mana kita dapat membacanya secara bertajwid dan bertartil?. Masih ingatkah lagi hukum2nya? Masih ingatkah lagi panjang pendeknya?.. Tanya pada diri, di mana kita?



"Orang yang mahir dengan AlQuran akan bersama Malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan susah dan merangkak-rangkak maka baginya 2 pahala kebaikan." (HR Muslim)



"dan bacalah AlQuran secara tartil" (Surah AlMuzzammil: ayat 4)



Kepada sesiapa yang beminat boleh hubungi saya di talian 013-5045053 atau emel di alamat annie_usj@yahoo.com. Untuk masa dan tempat (di sekitar penang) boleh dibincangkan kemudian, InsyaAllah.



Semoga Allah memberkati usaha ini. Amiin Ya Allah.


"Sesungguhnya Allah menyukai akan hambaNya yang membaca AlQuran bertepatan sebagaimana ia diturunkan." (HR Ibnu Khuzaimah)







"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

"MY NAME IS KHAN, I'm not a terrorist"


"MY NAME IS KHAN, I'm not a terrorist". Ayat yang diulang2 oleh Rizvan Khan dalam filem My name is Khan. Mungkin filem ini sudah lama ditayangkan di pawagam, dan mungkin juga telah lama meniti di bibir2 peminat Hindustan, tetapi bagi saya yang kurang menggemari filem Hindustan baru sahaja menontonnya. DVD tersebut telah lama dibeli, namun baru semalam sempat ditonton, itupun mengambil masa 2 hari untuk menamatkannya.
Saya tertarik untuk menonton filem ini setelah didiskusikan semula di dalam Majalah i. Dalam filem ini, Shah Rukh Khan memegang watak sebagai Rizvan Khan iaitu penghidap Sindrom Asperger. Ini adalah pertama kali saya mendengar Sindrom Asperger, betapa jahilnya saya. Saya terus meng'google' bagaimanakah sebenarnya Sindrom Asperger ini. Secara ringkasnya, Sindrom Asperger menggambarkan pola perlakuan pemuda yang mempunyai perkembangan bahasa dan kecergasan normal tetapi menunjukkan tabiat seperti autisma dan kekurangan jelas dalam kemahiran komunikasi dan kemasyarakatan. Menurut para saintis, ia disebabkan oleh faktor genetik, faktor komplikasi semasa proses bersalin, fator neurological dan neurochemical yang menyebabkan disfungsi otak.
Saya tidak berhajat untuk menerangkan lebih mendalam tentang sindrom ini, cukuplah sekadar kita mengetahui apakah dan bagaimanakah Sindrom ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari link ini, http://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Asperger. Berbalik kepada filem ini, Shah Rukh Khan berjaya memegang watak seorang lelaki yang lurus bendul. Mungkin agak kelakar, kerana dia biasa disinonimkan dengan watak macho, bergaya, egoistik, dan segala ciri2 hero yang biasa kita lihat.
Itu adalah sekadar mukaddimah. Kisah ini berkisar tentang perjalanan hidup seorang Muslim penghidap Sindrom Asperger. Rizvan Khan dibesarkan oleh ibu yang amat menyayangi dan memahaminya, mengajarnya tentang hidup dan kehidupan yang baik. "Dalam dunia ini, manusia hanya ada dua jenis, iaitu baik dan buruk, ikutlah manusia yang baik". Dia ingat kata2 ini, kata2 ibunya. Dia meneruskan hidup selepas kematian ibunya dengan berpindah ke Amerika, ke tempat adiknya dan bekerja di sana sebagai penjual produk kecantikan. Dia ingin mencapai hasrat ibunya, "buatlah sesuatu yang membuat dirimu bahagia".
Serangan ke atas Pentagon di bandar New York mengubah segalanya, umat islam di anggap sebagai terrorist. Di dunia nyata, umat islam semakin terancam, dihina, dibunuh dan diseksa tanpa belas kasihan. Lihat saja perlakuan ganas tentera Zionis ke atas Palestin, serangan tentera Amerika ke atas Iraq, kekejaman tentera Amerika ke atas Afghanistan terus menerus tanpa kesudahan. Di mana keadilan untuk umat islam? Di mana PBB? Di mana khalifah2 negara islam? Di mana para mujahid yang akan mengembalikan semula daulah islamiah?
Di dalam filem ini, Rizvan Khan bangkit sebagai seorang Muslim, memperjuangkan haknya untuk hidup sebagai seorang Muslim, menuntut keadilan bagi anaknya yang dibunuh kerana 'KHAN', mencari kembali cinta isteri yang meninggalkannya juga kerana 'KHAN'. Dia bergerak dan bertindak tatkala umat islam lain di Amerika ketakutan dengan mengubah imej dan membuang tudung bagi mengelakkan diri mereka dikenali sebagai Muslim. Dia bergerak seorang diri untuk bertemu dengan Presiden Amerika, hanya untuk menyatakan "MY NAME IS KHAN, I'M NOT A TERRORIST'.
Mungkin saja filem ini bukanlah sepenuhnya menonjolkan ciri2 islam yang sebenarnya kerana terdapat percampuran agama dalam satu keluarga, islam dan Hindu, dan bukanlah juga menonjolkan sepenuhnya ciri2 Amerika yang kelihatan sangat baik dan bertolak ansur (fikir2kan). Tetapi apa yang harus diambil iktibar adalah kebangkitan seorang pemuda yang bergerak atas nama seorang ISLAM untuk menuntut haknya sebagai seorang manusia, dilayan sebagai seorang manusia, dikasihi dan disayangi seperti seorang manusia. Dia ingin membuktikan kepada dunia bahawa islam itu agama kasih-sayang, bukan peperangan dan kebencian. Dia ingin membuktikan bahawa agama islam itu suci, penuh dengan keamanan.
Kebangkitannya berjaya membuka mata warga Amerika dan juga umat islam di Amerika bahawa umat islam berhak untuk hidup sebagai seorang islam dan bangga menjadi seorang islam. Kebangkitannya juga berjaya menaikkan semangat orang lain untuk menjadi diri mereka yang sebenarnya. Dialah Rizvan Khan, penghidap Asperger yang melalui pelbagai rintangan dan cabaran untuk bertemu dengan PRESIDEN Amerika, hanya untuk menyatakan "MY NAME IS KHAN, I'M NOT A TERRORIST".
Filem ini berjaya mendapat box-office di India, dan negara2 lain, tetapi ia disekat daripada ditayangkan di Malaysia. Kenapa? Wallahu'alam. Tidak semua filem itu baik, tetapi ambil kebaikannya, agar ia menjadi sumber inspirasi dan iktibar bagi setiap umat islam untuk bangkit daripada terus ditindas serta menyedari tanggungjawab sebagai seorang islam dan sebagai seorang manusia.


"wahai orang2 yang beriman, jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana Adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."



"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

Bukankah ia baik?


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Telah sekian lama blog ini membisu..


Telah sekian lama jari jemari ini kaku..


Menelusuri dan menangani laluan yang perit itu..


Biarlah hari-hari berlalu meniggalkan waktu dulu..


Biarlah ia sekadar saksi bisu..


Dan hari ini, esok, lusa, dan seterusnya adalah
hari yang baru, jiwa yang baru, diri yang baru..


Allah Maha Tahu..


Allah Maha Tahu..


Allah Maha Tahu.. Jalan Yang Lurus itu..


..Di sini tempatmu bermula..









"Assalamualaikum adik-adik.."

"Waalaikumussalam"

"ok, sebelum kita mulakan pelajaran kita hari ini, kita buka majlis dengan ummul kitab al-fatihah beserta doa belajar".

Kami membacanya bersama-sama. Dulu mereka saling tolak menolak apabila disuruh membaca doa, alhamdulillah sekarang mereka telah sepakat untuk membacanya bersama-sama, tanpa disuruh mereka akan tetap juga memulakannya dengan doa.

"Adik-adik ingat tak apa yang akak pesan minggu lepas dan apa yang akak nak buat minggu ni?"

"akak suruh hafal alfatihah, adab membaca al-quran dan semua yang dah belajar sebelum ni". Seorang pelajar menjawab.

"Akak suruh hafal makhraj huruf". seorang lagi pelajar menjawab.

"harini akak nak buat test!!". Satu lagi suara menjawab.

"Ya adik-adik, ingat pun!. Akak pesan suruh hafal semua tajuk yang akak dah ajar sebab hari ni akak nak buat test untuk menguji sejauh mana kamu semua faham apa yang akak dah ajar."

Masing-masing tercengang dan terdiam sesaat dan kemudian saling berbisik-bisik. Mungkin mereka takut, berdebar-debar menanti soalan yang bakal diterima.

"Akak nak kamu semua jawab soalan ni dalam masa 20 minit bermula jam 3.15pm-3.35pm. Kamu semua dilarang meniru. Akak nak masing duduk berjauhan. Bergerak sekarang!. Ikin, edarkan kertas soalan ni." Saya memberi arahan.

Mereka mula menjawab soalan. Satu demi setu dibeleknya. Ada yang termenung melihat soalan, ada juga yang khusyuk menjawabnya. Saya terfikir-fikir sendiri, boleh ke mereka menjawab? susah ke? Mereka study atau tak sebelum ni?. Bermacam-macam soalan bermain di fikiran. tak apalah, nak tau kena tunggu selesai nanti. Sementara itu saya menanda buku nota mereka bagi membetulkan sekiranya ada kesalahan ejaan.


"dah siap belum semua?"

" Belum lagi kak!"

"ok, akak tambah lagi 10 minit". Sementara menunggu mereka menjawab soalan, saya menulis nota untuk tajuk seterusnya, IZHAR KHALQI.

"ok, letakkan pen masing-masing. Masa telah tamat."

Saya mengutip kertas soalan, satu persatu. Banyak jawapan yang kosong!. Hati mula berombak, tapi sedaya upaya mengawal situasi.

"ok, akak nak kamu semua berkumpul macam biasa!."
"Adik-adik...akak dah pesan sebelum kan, akak nak kamu semua hafal apa yang akak dah ajar. Kamu semua hafal atau tak? Akak tanya warden, kamu semua pack ke dengan jadual? tapi tak! banyak waktu yang kosong. Apa yang kamu buat seminggu ni?"

Mereka semua menunduk. Terdiam. Mungkin mereka tidak percaya saya akan marah sebegitu kepada mereka.

"Adik-adik, akak datang sini bukan saje-saje. Akak ada misi, begitu juga pengajar-pengajar yang lain. Kalau diberi peluang, akak nak datang sini hari-hari tapi akak tak ada kesempatan. Kadang-kadang ada sampai sebulan akak tak datang, akak tak mampu. Sejam perjalanan akak datang ke sini untuk mengajar, akak tak mintak apa-apa dari kamu semua. Cuma apa yang akak nak, kamu belajar bersungguh-sungguh, gunakan peluang kamu di sini untuk mencari ilmu sebanyak mungkin. Berapa orang pengajar yang mengajar di sini?" Saya bertanya.

"emmmm...berapa ye.. banyak jugak kak.." Perlahan dan tersekat-sekat dijawabnya.


" Ya, ramai... Kamu nak mereka datang sini sia-sia? Mesti tak nak kan? Akak tak nak kamu baik di sini, sopan menutup aurat, bertudung labuh, apabila keluar tinggalkan semua, lupakan semua. Akak tak nak apa yang kamu pelajari di sini kamu lupa semuanya di luar nanti. Tolonglah adik-adik, bantu diri kamu untuk berubah!. Akak tak berniat untuk marah kamu semua, tapi ini untuk kebaikan. Bila akak tanya faham ke tak, jawab! Kalau tak faham, bagitau tak faham, akak akan terangkan semula. Akak lagi suka kamu bertanya. Mungkin agak sukar untuk kamu semua menghafal semua ni, tapi tolong paksa diri kamu. Kamu takkan berjaya kalau kamu tak paksa diri kamu untuk berubah. Dulu waktu akak sekolah rendah, ustazah yang mengajar kami tajwid akan meyuruh kami hafal setiap tajuk yang diajar. Memangla tension, tapi ia berkesan!. Alhamdulillah, apa yang disuruh tak sia-sia, akak guna sampai ke harini."

Mereka terus menunduk. Saya menyambung lagi.

"Ingat adik-adik, akak langsung tak berniat untuk marahkan kamu semua, tapi apa yang akak mintak, belajarlah bersungguh-sungguh, buat apa yang akak suruh. Ok, sekarang apa yang kamu nak akak buat dengan kertas-kertas soalan ni? Nak akak tanda? Nak tanda apa? Banyak yang kosong dari yang terisi..? Kalau ikutkan akak tak nak tanda kertas-kertas ni. hmm...ataupun kamu nak buat ujian lagi sekali?"


"Akak buat ujian lagi sekali la minggu depan!." Seorang pelajar menjawab.

"Semua setuju?". Masing-masing mengangguk.

"Ok, minggu depan kita akan buat semula ujian ni untuk tajuk MAKHRAJ HURUF SAHAJA. Tak perlu yang lain. Lebih mudah dari harini. Dan akak nak kamu semua hafal!. Boleh?" Saya sebut satu persatu nama mereka bagi membuktikan perjanjian mereka dengan saya.

"Hari ini, kamu semua telah berJANJI dengan saya untuk menghafal bab MAKHRAJ HURUF. Orang yang memungkiri janjinya, termasuk dalam golongan ORANG MUNAFIK. ORANG MUNAFIK DIBENCI ALLAH. Ingat tu!." Ya, mereka ingat tentang kisah orang munafik, juga ciri-ciri orang munafik.

Harapnya mereka benar-benar menunaikan janjinya. Kemudian, saya meneruskan pelajaran untuk BAB IZHAR KHALQI berdasarkan nota yang telah saya tulis di papan putih tadi. Alhamdulillah, ada sedikit peningkatan, mereka banyak bertanya. Saya meninggalkan mereka dengan tugasan mencari contoh-contoh hukum izhar di dalam Al-Quran.


"Adik-adik, setakat ini saja pelajaran kita hari ini. Akak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa atau tertinggi suara. Apa yang akak katakan tadi tak bermaksud untuk menyakiti hati sesiapa tapi ia adalah untuk kebaikan semua. Kita tutup majlis kita dengan tasbih kaffarah dan Surah Al-Asr."

Alhamdulillah, selesai untuk pelajaran harini. Semoga mereka terus istiqamah untuk setiap perubahan yang dilakukan.


"Di sinilah tempatmu bermula.. Semoga di sini menjadikan kamu insan yang berguna pada keluarga, masyarakat, dan agama."

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, nescaya mereka diberi petunjuk oleh Tuhan kerana keimanannya..."

"Sesungguhnya orang2 yang beriman, dan org2 yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( QS 2:218)



..Diriku..



Diriku..


Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain

kau terlupa membajai taman hatimu sendiri

agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah

tersentuh dengan daulatNya

merasa terpikul amanah Addeen ini

bukan kerana kau berjemaah

namun kerana engkau berada di bawah perintahNya


Diriku..

seringkau kau mencari jalan

agar hatimu sentiasa halus lembut sentuhannya

agar sentiasa segar akan keagunganNya

insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu


Ketahuilah diriku..

Hatimu itu keras,

khusyukmu kurang

syukur dan redhamu tak banyak kau hadiahkan padaNya

terlalu banyak kurang dan salahmu


Diriku..

tunaikanlah solatmu dengan tenang

muhasabahlah dirimu kala sunyi

selamilah kalam2 Al-Quran yang kau perjuangkan

padanya ada bekalan

untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini


Diriku..

pada tawadhu',

pada ukhwah fillah

pada infaq fisabilillah

pada uzlah muhasabah diri

pada zikir selawat

ada ketenangan dan kekuatanmu


Diriku...

ketahuilah hanya hati yang hidup sahaja

yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati

hati yang turut mati tak mungkin menyembuhkan hati yang sakit

apatah lagi menghidupkan hati yang mati


Diriku...

amanahlah kau di hadapan manusia

kerana kedaulatan Tuhanmu

namun, rasailah kekerdilan dirimu

dihadapan qudrat dan iradatNya

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN!!


..hARi YaNg CeRiA =)



" Senyumlah..kerana senyum itu pengubat sedih dan letih.."

=))


Hadapi dengan senyuman

Semua yang terjadi..

Biar terjadi..

Hadapi dengan tenang jiwa

Semua..kan baik baik saja..


Bila ketetapan Tuhan

Sudah ditetapkan

tetaplah sudah..

Tak ada yang bisa merubah..

dan takkan bisa berubah


Relakanlah saja ini..

Bahawa semua yang terbaik..

Terbaik untuk kita semua

Menyerahlah untuk menang..

**credit to abang.. =) lagu pembakar semangat sebelum pegi skolah**



"Maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah kamu berharap."
(QS 94: 7-8)

...cUTi-CuTi MaLaYSia..

Cuti sekolah hampir berakhir. Sebelum ini kami hanya bercuti di sekitar penang, berjalan-jalan bersama keluarga dari selangor. Teringin pulak nak naik itik, nun jauh di Taman Tasik Taiping. Memandangkan masa lain yang entah bila mampu dilapangkan, kami teruskan niat untuk bercuti di Taman Tasik Taiping, berjalan-jalan melihat keindahan alam semulajadi. Beberapa minit sebelum tiba di sana, hujan turun sangat lebat, hujan rahmat. Alhamdulillah.
“Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian Kami tumbuhkan dengan hujan ituberbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamui mengambil pengajaran.”

(QS 7: 57)

“dan Dialah yang menurunkan air dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu dari segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak, dan dari mayang kurma, mengurai tangkai-tangkai yang menjulang, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya pada waktu berbuah,dan menjadi masak. Sungguh, pada yang demikian itu ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang beriman.” (QS 6: 99)


Lebih kurang sejam, hujan berhenti. Alhamdulillah, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia telah pun memenuhi haknya. Menggunakan air yang turun sebagai sumber penghidupan. Kami teruskan perjalanan, di sana ada Taman Tasik Taiping (tempat main itik) dan zoo Taiping. Hmm...rasanya dah lama tak ke zoo.. maka berjalanlah kami ke sana meninggalkan itik bermain-main bersama pengunjung lain.



“ZOO TAIPING.. Mendekatkan kita pada alam semulajadi.. Bringing people closer to the nature”




Inilah moto yang tertera pada tiket masuk ke zoo Taiping. Terkejut kami melihatkan harga tiket yang telah naik lebih dua kali ganda. Nak berpatah balik ke kereta, dah sampai di depan kaunter. Maka, diteruskan juga perjalanan kami ke dalam, mudah-mudahan ada kebaikannya.
Moto yang digunakan seharusnya ditambah sedikit di hujung ayat supaya lebih cantik dan tepat maksudnya..

“Bringing people to the nature.. Bringing us to the Creator”

Inilah yang seharusnya kita titipkan dalam hati supaya dengan mengenali ciptaanNya, kita lebih kenal dengan Pencipta. Betapa banyaknya jenis binatang, berlainan jenis dan sifat, berlainan ciri dan watak. Subhanallah, hanya Dialah yang mampu menciptakan semua ini.
“dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya berupa susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang yang meminumnya.” (QS 16: 66)


“Tidakkah kamu memperhatikan burung-burung yang dapat terbang di angkasa dengan mudah. Tidak ada yang menahannya selain Allah. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang beriman." (QS 16: 79)

Hampir satu jam lebih kami berjalan.. banyak yang dapat dilihat, diperhatikan, dan difikirkan. Betapa kejadian ciptaan makhluk di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri yang tidak pernah kita bayangkan. Tapi sayangnya, manusia semakin rakus..

“Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia. Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar." (QS 30:41)

Ada seekor burung kakak tua, apabila kami datang menghampiri sangkarnya, ia juga menghampiri kami.

"Assalamualaikum burung.."

Saya bagi salam tapi tidak disahut, mungkin ia tidak diajar bercakap.

Saya memandang kepadanya. Dia juga memandang tepat ke arah saya.

Seolah-olah memohon belas kasihan, meminta dilepaskan.

Tapi apakan daya, kami tiada kuasa..

Kesian dia..dunianya hanya di dalam sangkar.. makanannya terhad, pergaulannya terbatas.

Kami terus berjalan dan berjalan...menziarahi haiwan-haiwan yang tidak pernah dilihat. Tapi sayang, tidak diabadikan dalam kamera..bateri mati.

Penat rasanya...

Tapi insyaAllah penat yang bermakna.

Bicara dengan haiwan, bicara dengan alam.. seolah-olah kita berbicara dengan Tuhan.

Membina kekuatan hati, mengisi kekosongan jiwa. Mengajar diri lebih mencintai alam dan seisinya.


Puding Roti Oreo

Roti ada banyak, tarikh luput semakin dekat. Otak terus ligat apa perlu dibuat dengan roti-roti ni. Nak buat pudding roti, dah bosan pulak dengan menu ni. Cari punya cari, terjumpa satu resepi yang menarik dan senang dibuat.. PUDING ROTI OREO!!.. Memandangkan kami suka makan biskut Oreo, maka bertambah sedaplah resepi ni.. ehihi.. Lebih-lebih lagi setelah di keluarkan dari peti sejuk, amatlah sedap ditambah pula coraknya yang sangat cantik, berselang-seli coklat dan roti. Resepinya amatlah mudah..

Oops!..sebelum mulakan kerja-kerja memasak, jangan lupa mulakan dengan bismillah, selawat, dan berdoalah semoga makanan yang kita masak ni memberi rahmat dan keberkatan dalam hidup kita. Dan dianjurkan supaya membaca doa ini, yang maksudnya.. "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung."
(QS 3: 200)

Bahan-bahannya:

8 keping roti putih
15 keping biskut coklat oreo
2 ½ cawan susu cair
½ cawan gula pasir
2 biji telur
½ cawan mentega dicairkan
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:

1.Campurkan telur, mentega, esen vanilla, susu segar, dan gula dalam satu bekas.
2.Sapukan mentega pada loyang pembakaran.
3.Taburkan roti yang telah dipotong empat berbentuk kiub beserta potongan biskut berselang-seli.
4.Curahkan campuran.
5.Bakar pada suhu 180oC lebih kurang 1 jam. Gunakan api bawah.
6.Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dipotong. Untuk lebih sedap, masukkan dalam peti sejuk. Memang best!!!



Alhamdulillah, hubby suka sangat dengan resepi ni. Satu lagi adunan dah siap, nak bagi kat jiran sebelah.









“wahai manusia, makanlah dari makanan yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (QS 2: 168)

“Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepadaNya.” (QS 2: 172)

...LoSt...

Meeting pagi tadi amat memberi tekanan. Fikiran jadi buntu, hati jadi kosong.

"God will not give us anything without any reason. Anything we do, just think about that...the worth of it. At the end of the day, we can realize that whatever we do is worth. When i lost of trust, i go to pray..pray and pray.. because who can give us the confidence except GOD?? Trust yourself, you can do it, God will not leave u alone.."

kata-kata Shirley,seorang sahabat berbangsa cina masih terngiang2 di gegendang telinga. BETUL! Allah tidak akan memberikan sesuatu tanpa sebab, sebagaimana yang Allah firmankan bahawa Dia tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Allah juga tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.

Saat demi saat, minit demi minit, Jam berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun..masa akan terus berlalu, akan tetapi hasilnya yang itu-itu juga. Pergi balik pergi balik tak ke mana.. LOST...LOST...AND LOST. NOTHING TO DO..

Pasti ada sesuatu yang baik, pasti ada alasan kenapa ia harus terjadi, kenapa ia harus dilalui. Jalan yang sukar dilalui perlu diredahi walau apa cara sekalipun.
Allah...You know averything, You know the best, please give me the way.. I'M LOST.

"Dan orang2 yang berjihad di jalan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al-Ankabut: 69)

Bacalah Ma'thurat setiap pagi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali."

Celiknya mata, mulailah dengan ucapan syukur, Alhmadulillah. TanpaNya, mungkin kita tidak berpeluang lagi melihat dunia.

"Ya ALLAH, engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau. Engkau yang menciptakan dan aku hambaMu. Dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu, yang akan ku laksanakan dengan segala kemampuanku. Dan aku berlindung kepadaMu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui dengan sebenar-benarnya nikmatMu kepadaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa selain Engkau."

Hari yang baru, jiwa yang baru..insyaAllah..
Bersihkan badan, sucikan hati..
Mulai dengan tahajjud..solat sunat subuh.. diikuti dengan solat subuh..

"....dan bertasbihlah sambil memuji TuhanMu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai mengerjakan solat"

Allah Maha Bijaksana, tidak dibiarkan hambaNya teperangkap dalam jerat syaitan. Maka, diperintahkan kita agar bertasbih kepadaNya pagi dan petang bagi mengingatiNya dan terpelihara dari godaan syaitan.

ASSyahid Imam Hassan Al-Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah saw. Beliau telah menyusun Al-Ma'thurat dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah swt. Alangkah baiknya kita sebagai seorang muslim mengamalkan doa di dalam ma'thurat setiap pagi, petang, dan malam.

CIRI-CIRI ORANG BERTAQWA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Malam itu tenang sekali. Bekerja sepanjang hari, terasa letih seluruh badan. Namun, tetap digagahi jua, menjalankan tanggungjawab sebagai hamba kepada yang Esa. Usai solat maghrib, kami meneruskan dengan tadarus al-quran. Sambil mengaji, sambil kami memperbetulkan bacaan. Tidak lupa juga untuk kami mentadabbur isi kandungannya sebagai tazkirah rohani bagi hati. Di sini saya ingin kongsikan beberapa ayat yang kita boleh renungkan bersama menerusi surah Al-Baqarah ayat 14-27.


Dan sesungguhnya Allah telah berfirman dengan qalamNya yang bermaksud:

“dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.”

Katakanlah, ‘Mahukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?’. Bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang ,mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya.
Iaitu orang-orang yang berdoa, “Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka.”

Juga orang yang sabar, orang yang benar-benar taat, orang yang menginfakkan hartanya, dan orang yang memohon ampunan pada waktu sebelum fajar.”



Dan sesungguhnya fitrah kejadian manusia sangat berkeinginan terhadap perempuan-perempuan. Lihat saja iklan-iklan di televisyen, hampir 90% iklan mengiklankan wanita bukanlah produk yang ingin dipaparkan. Setelah Berjaya membina sebuah keluarga,kita inginkan juga anak-anak yang ramai, kita inginkan lagi harta kekayaan berupa rumah yang besar, taman-taman yang indah, perabot-perabot yang mewah, dan makanan-makanan yang enak. Tidak cukup dengan itu juga, kita pasti mengimpikan kereta dan MPV serta perniagaan-perniagaan yang dapat meningkatkan ekonomi rumahtangga. Sememangnya, inilah hakikat ciptaan manusia yang berkeinginan terhadap sesuatu yang dapat memuaskan hawa nafsu diri. Namun, kita mempunyai pilihan sama ada ingin menjadi manusia yang kaya dan bertaqwa atau manusia yang kaya dan terpesong.

Allah mengkhabarkan bahawa orang-orang yang bertaqwa akan dianugerahkan taman2 syurga bersama pasangan2 mereka. Apakah ciri-ciri orang yg bertaqwa itu? Iaitu...

1. Orang2 yg berdoa, “Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka.”
2. Org2 yg sabar
3. Org yg benar2 taat
4. Org yg menginfakkan hartanya (bersedekah)
5. Org yg memohon ampunan sblm waktu fajar (qiamullail)


Orang-orang yang bertaqwa akan dianugerahkan syurga, ini janjiNya. Allah tidak akan pernah memungkiri janjiNya. Asalkan kita mematuhi segala perintahNya dan menjauhi laranganNya. Kita juga digalakkan berdoa dengan doa yang terdapat di dalam Al-quran, kerana Al-quran daripada Allah, dan ayat-ayatNya lebih baik, lebih suci, dan lebih makbul. Untuk menjadi orang yg bertaqwa, kita perlu korbankan sedikit kemanisan dunia, agar kita lebih merasai kenikmatan akhirat. Tidak salah untuk kaya, tidak salah untuk mewah, tidak salah juga untuk berada di atas, namun kita perlu ingat dimana pun kita berada, siapa pun kita di dunia, kita adalah hamba, kita hanyalah hamba kepada yang Maha Kuasa, kita hanyalah hamba kepada Yang Maha Pencipta.


Rasulullah saw telah berpesan kepada Muaz agar tidak sekali-kali melupakan doa ini:

“Ya Allah, berilah aku pertolongan untuk selalu mengingatiMu dan beribadah dengan baik kepadaMu.”