..Diriku..



Diriku..


Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain

kau terlupa membajai taman hatimu sendiri

agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah

tersentuh dengan daulatNya

merasa terpikul amanah Addeen ini

bukan kerana kau berjemaah

namun kerana engkau berada di bawah perintahNya


Diriku..

seringkau kau mencari jalan

agar hatimu sentiasa halus lembut sentuhannya

agar sentiasa segar akan keagunganNya

insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu


Ketahuilah diriku..

Hatimu itu keras,

khusyukmu kurang

syukur dan redhamu tak banyak kau hadiahkan padaNya

terlalu banyak kurang dan salahmu


Diriku..

tunaikanlah solatmu dengan tenang

muhasabahlah dirimu kala sunyi

selamilah kalam2 Al-Quran yang kau perjuangkan

padanya ada bekalan

untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini


Diriku..

pada tawadhu',

pada ukhwah fillah

pada infaq fisabilillah

pada uzlah muhasabah diri

pada zikir selawat

ada ketenangan dan kekuatanmu


Diriku...

ketahuilah hanya hati yang hidup sahaja

yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati

hati yang turut mati tak mungkin menyembuhkan hati yang sakit

apatah lagi menghidupkan hati yang mati


Diriku...

amanahlah kau di hadapan manusia

kerana kedaulatan Tuhanmu

namun, rasailah kekerdilan dirimu

dihadapan qudrat dan iradatNya

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN!!


0 Response to "..Diriku.."

Post a Comment