Saya dah lama tak menulis. Idea dah semakin kering. Pembacaan juga semakin berkurang. Jari jemari sudah semakin kaku. Tapi semangat untuk menulis sentiasa meluap-luap walaupun coretan tidak sehalus dulu.



Hampir setahun blog ini tidak terisi, setahun juga kami menanti kehadiran cahayamata.. cahayahati kami sebagai amanah yang tidak ternilai kurniaanNya.



Our LITTLE KHALIF.."Muhammad Al-Fateh". Semoga keperibadiannya seunggul Sultan Muhammad Al-Fateh yang disabdakan Nabi sebagai sebaik-baik pemimpin, tenteranya sebaik-baik tentera dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.

*dah siap tulis, tapi internet off..saya akan tulis lain






"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

Kita dan Ramadhan


Alhamdulillah, kita masih lagi bernyawa untuk meniti Ramadhan kali ini. Semoga ia lebih bersih..lebih suci..lebih nikmat..berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ramadhan itu anugerah. Ramadhan itu hadiah. Ramadhan itu sangat bernilai. Tetapi nilaian Ramadhan di mata manusia itu kabur kerana kita tak nampak keberkatan dan hadiah di sebalik Ramadhan.


Tuhanku,

Ampunkanlah segala dosaku

Tuhanku,

Ampunkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu

dalam sedar ataupun tidak

Ku sering meninggalkan suruhanMu

walau sedar aku milikMu


Bilakah diri ini kan kembali?

kepada fitrah sebenar

pagi ku ingat petang ku alpa

begitulah silih berganti



"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

rindunya..



Assalamualaikum.





Saya rindu sangat-sangat kat blog saya ni..



Saya rindu sangat nak menaip kat sini..



Saya rindu nak berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat di alam maya ni..



Tapi.. saya sendiri pun tak tau kenapa tangan ni semakin berat nak menaip..



Sungguh!!! Saya rugi yang teramat-amat sangat..



Sebab ilmu yang saya ada tak disebarkan..



Dekat SETAHUN!!!! Astaghfirullahal'azim..



Semoga ini menjadi satu permulaan untuk sebuah perjalanan akan datang..








"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"