Wahai isteri, berbahagialah bersma suamimu..




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Kadang2 saya rasa cemburu melihat sahabat2 saya berprogram..


Kadang2 saya rasa cemburu melihat sahabat2 saya berjuang di Selatan Thai, juga di Gaza..


Kadang2 saya rasa terkilan kerana tidak dapat bersama2 dengan mereka..


Namun... saya harus yakin bahawa..


Orang yang telah berkahwin tanggungjawabnya lebih besar pada keluarga..


Isteri wajib mendahulukan suami berbanding orang lain..


Redha Allah terletak pada redha suami..


Saya ingin mencari redha Allah, jadi saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri seikhlas mungkin..


Saya perlu bermujahadah dalam menjalani task ini, kerana saya ingin menjadi redha Allah... Oleh sebab itu saya perlu terlebih dahulu mencari redha suami..


Jadi, saya tak perlu rasa cemburu kepada sahabat2 saya, kerana saya yakin saya berada di jalan yang lurus, saya sedang bermujahadah melawan kehendak nafsu yang membelenggu diri..


Di sini, saya ingin dedikasikan tazkirah ini buat para isteri, dan juga kepada sesiapa yang bergelar isteri... "Wahai isteri, Berbahagialah bersama Suamimu"..yang bersumber dari Majalah i.


1. Isteri menghormati suami.

Apabila isteri menghormati suami, maka dengan mudahnya suami akan tuprut sama menghormatinya. Sekiranya sebagapi isteri kita tidak mampu menghormati suami, maka akan selamanyalah kita akan menderita hidup di sisi suami. Mengapa?


Ketahuilah, isteri yang menghormati suami adalah isteri2 penduduk syurga. Rasulullah saw pernah bersabda mereka adalah golongan yang mudah meminta maaf. Bukankah meminta maaf merupakan bentuk pengphormatan tertinggi? Bukankan menghulurkan tangan mengharapkan maaf suami merupakan sikap hormat isteri kepadanya? Maka, jika kita ingin menghormati suami, jadilah isteri yang sabar atas kekhilafannya. Jadilah isteri yang tidak pernah menentang suami saat dia mula marah. Jadilah isteri yang menghargai dan menghormati cemburu suami. Jadilah isteri yang mampu menjaga suami. Enggan meminta maaf kepada suami adalah bukti kesombongan isteri. Tunjukkan rasa hormat dan perhatian kita, insyaAllah kita akan bahagia di sisinya.


2. Menjadi isteri yang bertanggungjawab.


Mari kita ikuti kisah teladan Asma', puteri Abu Bakar As'Siddiq. Dia merupakan isteri yang bertanggungjawab, menghormati perasaan dan kecemburuan suaminya. Suaminya ialah Zubair, seorang sahabat yang fakir. Asma' tahu bahawa suaminya sangat memerlukan bantuannya untuk turut sama memikul tanggungjawab di rumah. Kebiasaannya Asma' akan menguruskan makanan kuda Zubair, menyediakan air minumnya, menumbuk gandum, mengusung biji2an dari kebun dan lain2 lagi.


Namun, tanggungjawab bereat ini sedikitpun tidak menguragkan rasa hormatnya kepada suami. Dia sentiasa menjaga perasaan suami dan kecemburuannya. Dia lebih rela berjalan kaki sambil mengusung biji2an di atas bahunya daripada menumpang kenderaan orang lain. Keperibadian inilah yang mendorong Zubair bagitu menghargai isterinya, seraya dia berkata, "Demi Allah, pengorbananmu untuk membawa biji2an itu jauh lebih berat bagiku daripada dudukmu di atas unta Rasulullah saw."


Memang benar, Asma' lebih mendahulukan kecemburuan suaminya sehingga tidak menerima tawaran Rasulullah saw untuk naik di atas unta Baginda ketika sedang mengusung biji2an.


3. Isteri yang terbuka dan menghargai perasaan.


Ketenteraman perasaan dipengaruhi oleh terungkapnya isi hati yang ikhlas dan luhur. Ungkapan isi hati tentang rasa cinta kasih isteri terhadap suami merupakan faktor utama untuk mewujudkan kebahagiaan rumahtangga. Para suami sangat memerlukan hal itu sebagaimana isteri juga turut memerlukannya. Namun, mengapa para isteri enggan berbuat demikian?


4. Percaya kepada suami.


Rasa cemburu merupakan bujti yang sangat kuat akan besarnya cinta dan kasih isteri kepada suaminya. Bahkan perasaan cemburu itu juga boleh diluahkan untuk mengungkapkan isi hati isteri kepada suaminya, bahawa dia sangat mencintai dan mengasihinya. Walaubagaimanapun, cemburu itu tergolong kepada 2 perkara sebagaiana yang disebutkan oleh Rasulullah saw, "Ada di antara sifat cemburu yang dicintai dan ada pula yang dibenci oleh Allah. Adapun cemburu yang dicintai Allah adalah cemburu dalam keragu2an, sedangkan cemburu yang dibenci Allah adalah cemburu tidak dalam keragu2an."


Hakikatnya, perasaan cemburu itu tidak boleh menghilangkan kepercayaan isteri kepada suaminya, misalnya si isteri mengatakan, "Mengapa pulang lambat?" atau "Abang dari mana?" atau "Berapa pramai wanita yang bekerja di pejabat abang?".


Persoalan2 ini merupakan cemburu yang tidak dibolehkan, selain merenggangkan hubungan, ia juga boleh meruntuhkan rumahtangga.


5. Menjadi Isteri yang berakhlak terpuji.


Seorang suami akan berasa bahagia jika isterinya mempunyai akhlak yang mulia. Sifat wanita yang buruk adalah wanita yang perkataannya sentiasa kasar, berbentuk ancaman, suka memburuk2kan orang lain serta sombong. Selain itu, dia juga tidak mengasihi suami, sedikit rasa malunya, suka mencela, pemarah, rumahnya kotor, suka menunjuk dengan tangan dan jarinya, suka berbohong, dan menangis inginkan simpati. Sementara isteri yang berakhlak terpuji pula tidak memiliki sifat2 tersebut.


"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

PRE-RAYA SALE!!!!!

Assalamualaikum

Sempena hari raya yang bakal tiba ini, saya menjual beberapa jenis biskut seperti Tart Gulung, Biskut Denmark, Nestum Chocolate Chip dan Biskut Treasure Hunt. Kerepek juga ada dijual dengan harga yang sangat istimewa. Kepada sahabat2 serta tetamu2 yang berminat, boleh ketahui maklumat lanjut di sini ye.. Jemputla singgah. Blog ni masih baru lagi, jomla kita bersama2 memeriahkan NaZZaHoMe's..


"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

Nasihatnya.. 'sabar'..



"Sayang.. Ingat tak kisah Nabi Daud? Tentang penyakitnya yang berpanjangan.. Penyakit yang aneh..sehingga matahari menembusi kulitnya, sehingga ulat2 yang hidup subur di badan Nabi Ayub sudah tiada apa lagi untuk di makan. Hebatkan ujiannya?.. Mungkin juga Nabi2 lain inginkan diuji seperti itu, tapi dalam banyak2 Nabi, Nabi Ayub yang terpilih. Ini kerana Allah Maha Tahu, hanya Nabi Ayub yang mampu melalui ujian seperti ini."


"Sayang ingat tak kisah Nabi Sulaiman?. Nabi Sulaiman dianugerahi dengan kekayaan dan kerajaan yang besar yang tidak ada kerajaan seperti ini di zaman2 lain. Kenapa Nabi Sulaiman? tidak Nabi2 lain?. Ini juga kerana Allah Maha Tahu hanya Nabi Sulaiman yang mampu melalui ujian kekayaan seperti ini. Kalau kita yang dapat seperti ini, agak2 kita ingat Allah tak?..."


"Sedangkan para Nabi dan Rasul juga diuji, apatah lagi kita. Apalah sangat ujian kita jika nak dibandingkan dengan ujian para Nabi. Setiap manusia pasti ada masalah sendiri, dan ujian setiap orang itu berbeza, sesuai dengan kesanggupannya. Dan ujian yang Allah bagi itu adalah untuk kita berfikir cara penyelesaian yang terbaik."


"Kita kena sabar ye sayang.. Abaikan apa yang orang lain kata tentang kita, yang penting kita jalankan tanggungjawab kita sebaik mungkin. Ingatlah, sabar itu separuh daripada iman dan Allah beserta orang2 yang sabar."


Tazkirah pagi ini sangat terkesan. Tazkirah dari seorang suami yang ingin berjihad. Ya Allah, aku redha dengannya, KAU redhailah kami..



"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

Task yang lebih berat..

Firman Allah swt:

"Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai mengerjakan sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain pula. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap." (Surah AsSyarhu:6-8)

Dan begitulah kehendah Allah. Apabila sesuatu task diberi, maka task lain pula akan diberi. Dan pastinya task yang menuggu itu adalah lebih berat dan task sebelumnya. Ini tidak lain adalah untuk membina kekuatan jiwa kita sebagai hamba, untuk kita terus bermunajat dan bermohon kepadaNya.


"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..




Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini.

Bulan yang dipenuhi dengan rahmat, pengampunan, kemuliaan dan kasih sayang daripada Allah..

Bulan untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, berpuasa, membaca Alquran..

Bulan yang akan mendisiplinkan kita untuk menjadi mukmin sejati..

Rasulullah saw bersabda, "Seandainya seorang hamba mengetahui apa yang terkandung dalam bulan Ramadhan, dan apakah sebenarnya Ramadhan itu, nescaya hamba itu akan berangan-angan agar satu tahun penuh dijadikan oleh Allah sebagai bulan Ramdhan. " (HR Tabrani)


Apa yang kita rancangkan untuk Ramadhan ini?


Beli baju raya?

Buat kuih raya?

Cat rumah baru..?

Beli perabot baru..?

Dan ....

....

....


Tak tersenarai rasanya kan? Maklumlah nak menyambut hari raya setahun sekali..

Itu adalah yang amat kita nanti2kan....


Itu kita..


Berlainan sekali dengan Rasulullah, sepanjang Ramadhan.. masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah sepanjang malam, memohon doa dan pengampunan serta melakukan amal ibadah sebanyak-banyaknya..


Apa lagi amalan2 Rasulullah?

Apa lagi kelebihan Ramadhan?

Apa itu tarbiyah Ramadhan?


InsyaAllah, saya akan kongsikan di lain post..


Semoga hari ini kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik serta menjaga hati dan lidah dengan sempurna, agar ibadah kita diterima.









"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

..Abah..


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Abah pergi meninggalkan kami setelah dia menanggung derita di ICU genap sebulan. Alhamdulillah, Allah selamatkan abah dari penderitaan yang berpanjangan. Saya tak sempat kenal abah lebih lama. Yang pastinya, abah sangat ceria dan suka bercerita. Saya sayang abah, kami semua sayang abah.

Malam itu, selepas abah selamat dikebumikan, saya bertanya kepada abang,

"Abang, apa perasaan abang waktu abah pegi? Sayang tengok abang tenang je waktu tu.."


Suamiku melepaskan keluhan berat, perasaan yang sukar untuk digambarkan.

"Sayang.. waktu tu abang sangat sebak. Kalau diikutkan hati, mahu saja airmata ini menitis. Kalau mengingatkan kenangan2 antara kita dan dia, memang abang takkan mampu berada di situ. Tapi abang fikir, walau kita menangis sekalipun, abah tetap takkan kembali. Jadi abang fikirkan apa yang kita boleh buat yang terbaik untuk dia. Alhamdulillah, abang dapat bacakan yaasin untuk abah, mandikan abah, solatkan abah, kebumikan abah dan abang sendiri yang masukkan abah dalam liang lahad. Dan sekarang apa yang boleh abang buat untuk abah adalah berdoa sentiasa untuk kesejahteraan abah kerana doa anak yang soleh itu boleh membantu abah menghadapi kehidupan di sana."

Semoga yaasin yang kami bacakan untuk abah setiap pagi, tengahari dan malam memudahkan abah untuk pergi menghadap Ilahi. Alhamdulillah, abah pergi dengan tenang, pada hari jumaat yang mulia. Semoga Allah tempatkan abah dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah. Amiin.




"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"