Wahai isteri, berbahagialah bersma suamimu..




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Kadang2 saya rasa cemburu melihat sahabat2 saya berprogram..


Kadang2 saya rasa cemburu melihat sahabat2 saya berjuang di Selatan Thai, juga di Gaza..


Kadang2 saya rasa terkilan kerana tidak dapat bersama2 dengan mereka..


Namun... saya harus yakin bahawa..


Orang yang telah berkahwin tanggungjawabnya lebih besar pada keluarga..


Isteri wajib mendahulukan suami berbanding orang lain..


Redha Allah terletak pada redha suami..


Saya ingin mencari redha Allah, jadi saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri seikhlas mungkin..


Saya perlu bermujahadah dalam menjalani task ini, kerana saya ingin menjadi redha Allah... Oleh sebab itu saya perlu terlebih dahulu mencari redha suami..


Jadi, saya tak perlu rasa cemburu kepada sahabat2 saya, kerana saya yakin saya berada di jalan yang lurus, saya sedang bermujahadah melawan kehendak nafsu yang membelenggu diri..


Di sini, saya ingin dedikasikan tazkirah ini buat para isteri, dan juga kepada sesiapa yang bergelar isteri... "Wahai isteri, Berbahagialah bersama Suamimu"..yang bersumber dari Majalah i.


1. Isteri menghormati suami.

Apabila isteri menghormati suami, maka dengan mudahnya suami akan tuprut sama menghormatinya. Sekiranya sebagapi isteri kita tidak mampu menghormati suami, maka akan selamanyalah kita akan menderita hidup di sisi suami. Mengapa?


Ketahuilah, isteri yang menghormati suami adalah isteri2 penduduk syurga. Rasulullah saw pernah bersabda mereka adalah golongan yang mudah meminta maaf. Bukankah meminta maaf merupakan bentuk pengphormatan tertinggi? Bukankan menghulurkan tangan mengharapkan maaf suami merupakan sikap hormat isteri kepadanya? Maka, jika kita ingin menghormati suami, jadilah isteri yang sabar atas kekhilafannya. Jadilah isteri yang tidak pernah menentang suami saat dia mula marah. Jadilah isteri yang menghargai dan menghormati cemburu suami. Jadilah isteri yang mampu menjaga suami. Enggan meminta maaf kepada suami adalah bukti kesombongan isteri. Tunjukkan rasa hormat dan perhatian kita, insyaAllah kita akan bahagia di sisinya.


2. Menjadi isteri yang bertanggungjawab.


Mari kita ikuti kisah teladan Asma', puteri Abu Bakar As'Siddiq. Dia merupakan isteri yang bertanggungjawab, menghormati perasaan dan kecemburuan suaminya. Suaminya ialah Zubair, seorang sahabat yang fakir. Asma' tahu bahawa suaminya sangat memerlukan bantuannya untuk turut sama memikul tanggungjawab di rumah. Kebiasaannya Asma' akan menguruskan makanan kuda Zubair, menyediakan air minumnya, menumbuk gandum, mengusung biji2an dari kebun dan lain2 lagi.


Namun, tanggungjawab bereat ini sedikitpun tidak menguragkan rasa hormatnya kepada suami. Dia sentiasa menjaga perasaan suami dan kecemburuannya. Dia lebih rela berjalan kaki sambil mengusung biji2an di atas bahunya daripada menumpang kenderaan orang lain. Keperibadian inilah yang mendorong Zubair bagitu menghargai isterinya, seraya dia berkata, "Demi Allah, pengorbananmu untuk membawa biji2an itu jauh lebih berat bagiku daripada dudukmu di atas unta Rasulullah saw."


Memang benar, Asma' lebih mendahulukan kecemburuan suaminya sehingga tidak menerima tawaran Rasulullah saw untuk naik di atas unta Baginda ketika sedang mengusung biji2an.


3. Isteri yang terbuka dan menghargai perasaan.


Ketenteraman perasaan dipengaruhi oleh terungkapnya isi hati yang ikhlas dan luhur. Ungkapan isi hati tentang rasa cinta kasih isteri terhadap suami merupakan faktor utama untuk mewujudkan kebahagiaan rumahtangga. Para suami sangat memerlukan hal itu sebagaimana isteri juga turut memerlukannya. Namun, mengapa para isteri enggan berbuat demikian?


4. Percaya kepada suami.


Rasa cemburu merupakan bujti yang sangat kuat akan besarnya cinta dan kasih isteri kepada suaminya. Bahkan perasaan cemburu itu juga boleh diluahkan untuk mengungkapkan isi hati isteri kepada suaminya, bahawa dia sangat mencintai dan mengasihinya. Walaubagaimanapun, cemburu itu tergolong kepada 2 perkara sebagaiana yang disebutkan oleh Rasulullah saw, "Ada di antara sifat cemburu yang dicintai dan ada pula yang dibenci oleh Allah. Adapun cemburu yang dicintai Allah adalah cemburu dalam keragu2an, sedangkan cemburu yang dibenci Allah adalah cemburu tidak dalam keragu2an."


Hakikatnya, perasaan cemburu itu tidak boleh menghilangkan kepercayaan isteri kepada suaminya, misalnya si isteri mengatakan, "Mengapa pulang lambat?" atau "Abang dari mana?" atau "Berapa pramai wanita yang bekerja di pejabat abang?".


Persoalan2 ini merupakan cemburu yang tidak dibolehkan, selain merenggangkan hubungan, ia juga boleh meruntuhkan rumahtangga.


5. Menjadi Isteri yang berakhlak terpuji.


Seorang suami akan berasa bahagia jika isterinya mempunyai akhlak yang mulia. Sifat wanita yang buruk adalah wanita yang perkataannya sentiasa kasar, berbentuk ancaman, suka memburuk2kan orang lain serta sombong. Selain itu, dia juga tidak mengasihi suami, sedikit rasa malunya, suka mencela, pemarah, rumahnya kotor, suka menunjuk dengan tangan dan jarinya, suka berbohong, dan menangis inginkan simpati. Sementara isteri yang berakhlak terpuji pula tidak memiliki sifat2 tersebut.


"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

0 Response to "Wahai isteri, berbahagialah bersma suamimu.."

Post a Comment