..Abah..


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Abah pergi meninggalkan kami setelah dia menanggung derita di ICU genap sebulan. Alhamdulillah, Allah selamatkan abah dari penderitaan yang berpanjangan. Saya tak sempat kenal abah lebih lama. Yang pastinya, abah sangat ceria dan suka bercerita. Saya sayang abah, kami semua sayang abah.

Malam itu, selepas abah selamat dikebumikan, saya bertanya kepada abang,

"Abang, apa perasaan abang waktu abah pegi? Sayang tengok abang tenang je waktu tu.."


Suamiku melepaskan keluhan berat, perasaan yang sukar untuk digambarkan.

"Sayang.. waktu tu abang sangat sebak. Kalau diikutkan hati, mahu saja airmata ini menitis. Kalau mengingatkan kenangan2 antara kita dan dia, memang abang takkan mampu berada di situ. Tapi abang fikir, walau kita menangis sekalipun, abah tetap takkan kembali. Jadi abang fikirkan apa yang kita boleh buat yang terbaik untuk dia. Alhamdulillah, abang dapat bacakan yaasin untuk abah, mandikan abah, solatkan abah, kebumikan abah dan abang sendiri yang masukkan abah dalam liang lahad. Dan sekarang apa yang boleh abang buat untuk abah adalah berdoa sentiasa untuk kesejahteraan abah kerana doa anak yang soleh itu boleh membantu abah menghadapi kehidupan di sana."

Semoga yaasin yang kami bacakan untuk abah setiap pagi, tengahari dan malam memudahkan abah untuk pergi menghadap Ilahi. Alhamdulillah, abah pergi dengan tenang, pada hari jumaat yang mulia. Semoga Allah tempatkan abah dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah. Amiin.




"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

0 Response to "..Abah.."

Post a Comment