Allah beri task yang baru..



Dapur telah cantik dikemas, baju telah habis dicuci, langsir telah siap dijahit.. Masak? Not yet..awal lagi ni.. Sekarang tiba masanya untuk saya melepaskan rasa rindu mendalam pada blog saya yang comel ni..hihi..

Hari ini, saya akan memulakan task yang baru. Task yang Allah beri pada saya. Saya rasa takut. Saya rasa risau. Saya rasa sedih. Semua saya rasa.. Sebab saya tak tau boleh ke saya buat yang terbaik. Tapi Allah telah berjanji bahawa..

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang dilakukannya..." (Surah AlBaqarah : ayat 286)

Kurang sedikit kerisauan saya. Tapi Allah minta supaya..

"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang2 yang khusyuk." (Surah AlBaqarah:ayat 45)

"Barangsiapa mengikuti petunjukKu, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." (Surah AlBaqarah : ayat 38)

Saya berbangga kerana Allah memilih saya..

Saya gembira kerana Allah beri saya seorang suami yang sangat memahami saya..

Saya dapat task ini kerana Allah sayangkan saya. Allah ingin mengajar saya sesuatu yang baru, sesuatu yang tak pernah saya bayangkan akan lakukan ini, sesuatu yang mencabar bagi saya walaupun bagi orang lain ia nampak biasa2 je.. Task ini insyaAllah akan lebih menguatkan hati saya, mentarbiyah diri saya untuk membentuk BaitulMuttaqin yang saya idam2kan, Amiin.

Dan saya pasti akan merindukan blog ini kerana saya akan berpisah dengannya. Saya juga sangat2 pasti akan merindukan suami saya.

Ya Allahku, i'm happy with this task! =) Selamat tinggal duniaku..



"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

..mereka berpesan..


Teringat pesan Allahyarham atuk..

"Nan.. ko satu-satunya cucu yang atuk jaga dari kecik sampai besar, dah jadi budak baik,faham agama.. ko jangan lupa selalu doakan atuk dalam sembahyang, mintak atuk cepat baik. Badan atuk ni banyak wayar2, cucuk sana sini...sakit.. Ko jangan lupa doakan atuk selalu.."

Lepas tu suara atuk tersekat-sekat, atuk menangis, suaranya antara dengar dan tak. Kemudian, apa yang dapat difahami dan diulang2 adalah..

"ko jadilah budak baik, ingat Allah, buat baik dengan orang.. Doakan atuk selalu"

Banyak yang atuk pesan, perkataannya tak jelas, hanya ini yang dapat difahami.

Malam tadi bersembang-sembang dengan Acik Noh, banyak juga yang dibualkan, banyak input yang diperoleh. Setiap manusia ujiannya berbeza2, dan yang pastinya manusia itu diuji sesuai dengan kesanggupannya. Acik Noh kata,

"Kalau kita berpeluang untuk jaga orang tua lebih2 lagi mertua, kita adalah orang yang sangat beruntung sebab tak semua orang Allah beri peluang untuk melakukan tugas tersebut. Anggaplah ini sebagai amanah yang Allah berikan kepada kita dan Allah nak kita buat yang terbaik. Macam mana kita menjaga orang tua kita, begitu jugalah kita menjaga mertua kita. Yang penting sekali kita kena ikhlaskan hati. Sentiasa berdoa kepada Allah yang Maha Mendengar supaya dikuatkan hati kita untuk sentiasa sabar dan ikhlas. Bila kita buat dengan ikhlas, kita akan merasa segala2nya menjadi ringan dan mudah. Hati kita akan menjadi tenang dan lapang."


Tadi Cik Cbah call, dia kata..

"Orang yang dah berkahwin ni, banyak peluang untuk buat pahala. Menjaga suami, menjaga keluarga suami, banyak yang boleh dibuat, pahalanya juga besar. Ini adalah satu peluang untuk buat pahala sebanyak2nya. Jangan fikirkan susahnya, tapi fikirlah ganjarannya.. kalau bukan di dunia InsyaAllah di akhirat."

Saya yakin bahawa apabila kita tinggalkan sesuatu yang baik untuk melakukan sesuatu yang lebih baik, Allah akan menggantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik pula selepasnya. Allah kan Maha Adil.

Saya juga yakin bahawa.. apabila kita meringankan kesusahan orang, Allah akan meringankan kesusahan kita. Apabila kita menolong orang, Allah akan menolong kita. Seperti Sabda Nabi saw:

"Sesiapa melepaskan suatu kesusahan daripada seorang Muslim iaitu saudaranya, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya daripada bermacam2 kesusahan pada hari Akhirat. Dan barangsiapa menutupi kekurangan seorang Muslim iaitu saudaranya, maka Allah akan menutupi kekurangannya di hari qiamat." (HR Bukhari dan Muslim)


Hidup adalah untuk MEMBERI, BERILAH selagi mampu. Syed Qutb ada berkata,

"Apabila kita hidup untuk diri sendiri, kehidupan itu amatlah singkat iaitu bermula dari lahirnya kita ke dunia hingga matinya kita. Tapi seandainya kita hidup untuk orang lain, kehidupan kita amatlah panjang iaitu bermula dari lahirnya manusia pertama di muka bumi hingga ke hari qiamat."


Suamiku berkata,

"Sayang..abang tak nak paksa sayang. Fikir betul2, buat keputusan yang terbaik untuk kita semua. Sayang ada ilmu, abang tau sayang akan fikir berdasarkan ilmu, bukan hanya mengikut perasaan. InsyaAllah abang akan redha dengan keputusan sayang."

Aduhai, baiknya suamiku. Terima kasih kerana memahamiku.


Allah memberi suatu tugasan, bukan untuk menyusahkan tapi untuk mendidik diri agar lebih matang menelusuri kehidupan yang akan datang. Ini adalah suatu proses pentarbiyahan diri menjadi Muslim yang hakiki agar ia menjadi qudwah hasanah kepada anak2, menjadi ummi yang kuat dalam membentuk peribadi Muslim hakiki kepada anak2, insyaAllah. I'm very happy with this task! =)) . Selamat tinggal duniaku..





Terima kasih Ya Allahku..





"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"