Hikmah Al-Majid




"Kita perlu ingat, setiap orang memiliki kelebihan


yang tidak sama antara satu dengan yang lain.


Kelebihan itu adalah anugerah Allah yang perlu dihargai.


Manusia perlu yakin pada dirinya sendiri tentang apa yang ada padanya,


sehingga mereka tidak mudah terpesona dengan pujian orang lain.


Manusia perlu merasa malu kepada Allah apabila dia menerima pujian


dan ingin memelihara pujian itu pada dirinya.



-Ahmad Atha'illah-


Luangkanlah waktu sejenak bagi merenung diri sendiri. Sekiranya kita pernah disakiti, dihina, atau dicaci oleh seseorang, maka lupakanlah. Anggap saja perkara itu tak pernah berlaku. Memang susah melupakan sesuatu yang menima kita, apalagi sesuatu yang menyakitkan, tetapi kita perlu cuba melupakannya. Kita perlu sedar hinaan manusia tak membawa sebarang makna apabila dibandingkan dengan penghinaan yang datang dari Allah.


"Sesiapa yang dihina Allah, maka tidak seorang pun yang sanggup memuliakannya."
(Surah Al-Hajj: Ayat 18).


"Ia adalah suatu penghinaan bagi mereka di dunia dan di akhirat mereka memperoleh siksaan yang besar." (Surah AlMaidah: Ayat 33)

"Lalu ditimpakan pada mereka nista kehinaan serta mereka mendapat kemurkaan Allah." (Surah Al-Baqarah: Ayat 61)








"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

KELAS TAJWID




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Saya memohon kepada Allah agar setiap apa yang saya katakan, setiap apa yang saya tuliskan mendapat keredhaan Allah dan sentiasa dalam bimbinganNya. Saya memohon agar ia menjadi saksi di alam baqa' kelak yang akan mewakilkan saya dalam sesi soal jawab nanti.



Secara jujurnya, saya bukanlah orang yang terbaik untuk melakukan ini, bukan juga orang yang punya ilmu tinggi untuk menyampaikan ini. Tetapi saya terpanggil untuk melaksanakan ini memandangkan ia semakin tercicir dalam bacaan harian kita.




Bertunjangkan asas kesyumulan islam, berpaksikan kalimah "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat", berbekalkan setitis ilmu dan pengalaman yang ada, saya akan membuka KELAS TAJWID DAN BACAAN AL-QURAN kepada sesiapa yang berminat (perempuan sahaja) untuk mendalami dan memahami lebih lanjut tentang asas ilmu Tajwid.



Saya nyatakan sekali lagi, tidaklah setinggi mana ilmu yang saya ada, tetapi InsyaAllah berkat ilmu yang telah dipelajari di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis, Banting (SAMTTAR) dan Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya (SAMBEST) dengan bimbingan para ustaz dan para hafiz secara bertalaqqi akan digunakan sebaik mungkin.


Pastinya ilmu saya tidak cukup sekadar itu, tetapi insyaAllah kita akan belajar bersama-sama bagi memperhalusi bacaan AlQuran. Hakikatnya, sebahagian besar daripada kita pandai membaca AlQuran, bijak mengalunkan lagu2 indah di dalamnya. Namun, sejauh mana kita dapat membacanya secara bertajwid dan bertartil?. Masih ingatkah lagi hukum2nya? Masih ingatkah lagi panjang pendeknya?.. Tanya pada diri, di mana kita?



"Orang yang mahir dengan AlQuran akan bersama Malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan susah dan merangkak-rangkak maka baginya 2 pahala kebaikan." (HR Muslim)



"dan bacalah AlQuran secara tartil" (Surah AlMuzzammil: ayat 4)



Kepada sesiapa yang beminat boleh hubungi saya di talian 013-5045053 atau emel di alamat annie_usj@yahoo.com. Untuk masa dan tempat (di sekitar penang) boleh dibincangkan kemudian, InsyaAllah.



Semoga Allah memberkati usaha ini. Amiin Ya Allah.


"Sesungguhnya Allah menyukai akan hambaNya yang membaca AlQuran bertepatan sebagaimana ia diturunkan." (HR Ibnu Khuzaimah)







"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

"MY NAME IS KHAN, I'm not a terrorist"


"MY NAME IS KHAN, I'm not a terrorist". Ayat yang diulang2 oleh Rizvan Khan dalam filem My name is Khan. Mungkin filem ini sudah lama ditayangkan di pawagam, dan mungkin juga telah lama meniti di bibir2 peminat Hindustan, tetapi bagi saya yang kurang menggemari filem Hindustan baru sahaja menontonnya. DVD tersebut telah lama dibeli, namun baru semalam sempat ditonton, itupun mengambil masa 2 hari untuk menamatkannya.
Saya tertarik untuk menonton filem ini setelah didiskusikan semula di dalam Majalah i. Dalam filem ini, Shah Rukh Khan memegang watak sebagai Rizvan Khan iaitu penghidap Sindrom Asperger. Ini adalah pertama kali saya mendengar Sindrom Asperger, betapa jahilnya saya. Saya terus meng'google' bagaimanakah sebenarnya Sindrom Asperger ini. Secara ringkasnya, Sindrom Asperger menggambarkan pola perlakuan pemuda yang mempunyai perkembangan bahasa dan kecergasan normal tetapi menunjukkan tabiat seperti autisma dan kekurangan jelas dalam kemahiran komunikasi dan kemasyarakatan. Menurut para saintis, ia disebabkan oleh faktor genetik, faktor komplikasi semasa proses bersalin, fator neurological dan neurochemical yang menyebabkan disfungsi otak.
Saya tidak berhajat untuk menerangkan lebih mendalam tentang sindrom ini, cukuplah sekadar kita mengetahui apakah dan bagaimanakah Sindrom ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari link ini, http://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Asperger. Berbalik kepada filem ini, Shah Rukh Khan berjaya memegang watak seorang lelaki yang lurus bendul. Mungkin agak kelakar, kerana dia biasa disinonimkan dengan watak macho, bergaya, egoistik, dan segala ciri2 hero yang biasa kita lihat.
Itu adalah sekadar mukaddimah. Kisah ini berkisar tentang perjalanan hidup seorang Muslim penghidap Sindrom Asperger. Rizvan Khan dibesarkan oleh ibu yang amat menyayangi dan memahaminya, mengajarnya tentang hidup dan kehidupan yang baik. "Dalam dunia ini, manusia hanya ada dua jenis, iaitu baik dan buruk, ikutlah manusia yang baik". Dia ingat kata2 ini, kata2 ibunya. Dia meneruskan hidup selepas kematian ibunya dengan berpindah ke Amerika, ke tempat adiknya dan bekerja di sana sebagai penjual produk kecantikan. Dia ingin mencapai hasrat ibunya, "buatlah sesuatu yang membuat dirimu bahagia".
Serangan ke atas Pentagon di bandar New York mengubah segalanya, umat islam di anggap sebagai terrorist. Di dunia nyata, umat islam semakin terancam, dihina, dibunuh dan diseksa tanpa belas kasihan. Lihat saja perlakuan ganas tentera Zionis ke atas Palestin, serangan tentera Amerika ke atas Iraq, kekejaman tentera Amerika ke atas Afghanistan terus menerus tanpa kesudahan. Di mana keadilan untuk umat islam? Di mana PBB? Di mana khalifah2 negara islam? Di mana para mujahid yang akan mengembalikan semula daulah islamiah?
Di dalam filem ini, Rizvan Khan bangkit sebagai seorang Muslim, memperjuangkan haknya untuk hidup sebagai seorang Muslim, menuntut keadilan bagi anaknya yang dibunuh kerana 'KHAN', mencari kembali cinta isteri yang meninggalkannya juga kerana 'KHAN'. Dia bergerak dan bertindak tatkala umat islam lain di Amerika ketakutan dengan mengubah imej dan membuang tudung bagi mengelakkan diri mereka dikenali sebagai Muslim. Dia bergerak seorang diri untuk bertemu dengan Presiden Amerika, hanya untuk menyatakan "MY NAME IS KHAN, I'M NOT A TERRORIST'.
Mungkin saja filem ini bukanlah sepenuhnya menonjolkan ciri2 islam yang sebenarnya kerana terdapat percampuran agama dalam satu keluarga, islam dan Hindu, dan bukanlah juga menonjolkan sepenuhnya ciri2 Amerika yang kelihatan sangat baik dan bertolak ansur (fikir2kan). Tetapi apa yang harus diambil iktibar adalah kebangkitan seorang pemuda yang bergerak atas nama seorang ISLAM untuk menuntut haknya sebagai seorang manusia, dilayan sebagai seorang manusia, dikasihi dan disayangi seperti seorang manusia. Dia ingin membuktikan kepada dunia bahawa islam itu agama kasih-sayang, bukan peperangan dan kebencian. Dia ingin membuktikan bahawa agama islam itu suci, penuh dengan keamanan.
Kebangkitannya berjaya membuka mata warga Amerika dan juga umat islam di Amerika bahawa umat islam berhak untuk hidup sebagai seorang islam dan bangga menjadi seorang islam. Kebangkitannya juga berjaya menaikkan semangat orang lain untuk menjadi diri mereka yang sebenarnya. Dialah Rizvan Khan, penghidap Asperger yang melalui pelbagai rintangan dan cabaran untuk bertemu dengan PRESIDEN Amerika, hanya untuk menyatakan "MY NAME IS KHAN, I'M NOT A TERRORIST".
Filem ini berjaya mendapat box-office di India, dan negara2 lain, tetapi ia disekat daripada ditayangkan di Malaysia. Kenapa? Wallahu'alam. Tidak semua filem itu baik, tetapi ambil kebaikannya, agar ia menjadi sumber inspirasi dan iktibar bagi setiap umat islam untuk bangkit daripada terus ditindas serta menyedari tanggungjawab sebagai seorang islam dan sebagai seorang manusia.


"wahai orang2 yang beriman, jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana Adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."



"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

Bukankah ia baik?


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Telah sekian lama blog ini membisu..


Telah sekian lama jari jemari ini kaku..


Menelusuri dan menangani laluan yang perit itu..


Biarlah hari-hari berlalu meniggalkan waktu dulu..


Biarlah ia sekadar saksi bisu..


Dan hari ini, esok, lusa, dan seterusnya adalah
hari yang baru, jiwa yang baru, diri yang baru..


Allah Maha Tahu..


Allah Maha Tahu..


Allah Maha Tahu.. Jalan Yang Lurus itu..