KELAS TAJWID




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Saya memohon kepada Allah agar setiap apa yang saya katakan, setiap apa yang saya tuliskan mendapat keredhaan Allah dan sentiasa dalam bimbinganNya. Saya memohon agar ia menjadi saksi di alam baqa' kelak yang akan mewakilkan saya dalam sesi soal jawab nanti.



Secara jujurnya, saya bukanlah orang yang terbaik untuk melakukan ini, bukan juga orang yang punya ilmu tinggi untuk menyampaikan ini. Tetapi saya terpanggil untuk melaksanakan ini memandangkan ia semakin tercicir dalam bacaan harian kita.




Bertunjangkan asas kesyumulan islam, berpaksikan kalimah "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat", berbekalkan setitis ilmu dan pengalaman yang ada, saya akan membuka KELAS TAJWID DAN BACAAN AL-QURAN kepada sesiapa yang berminat (perempuan sahaja) untuk mendalami dan memahami lebih lanjut tentang asas ilmu Tajwid.



Saya nyatakan sekali lagi, tidaklah setinggi mana ilmu yang saya ada, tetapi InsyaAllah berkat ilmu yang telah dipelajari di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis, Banting (SAMTTAR) dan Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya (SAMBEST) dengan bimbingan para ustaz dan para hafiz secara bertalaqqi akan digunakan sebaik mungkin.


Pastinya ilmu saya tidak cukup sekadar itu, tetapi insyaAllah kita akan belajar bersama-sama bagi memperhalusi bacaan AlQuran. Hakikatnya, sebahagian besar daripada kita pandai membaca AlQuran, bijak mengalunkan lagu2 indah di dalamnya. Namun, sejauh mana kita dapat membacanya secara bertajwid dan bertartil?. Masih ingatkah lagi hukum2nya? Masih ingatkah lagi panjang pendeknya?.. Tanya pada diri, di mana kita?



"Orang yang mahir dengan AlQuran akan bersama Malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan susah dan merangkak-rangkak maka baginya 2 pahala kebaikan." (HR Muslim)



"dan bacalah AlQuran secara tartil" (Surah AlMuzzammil: ayat 4)



Kepada sesiapa yang beminat boleh hubungi saya di talian 013-5045053 atau emel di alamat annie_usj@yahoo.com. Untuk masa dan tempat (di sekitar penang) boleh dibincangkan kemudian, InsyaAllah.



Semoga Allah memberkati usaha ini. Amiin Ya Allah.


"Sesungguhnya Allah menyukai akan hambaNya yang membaca AlQuran bertepatan sebagaimana ia diturunkan." (HR Ibnu Khuzaimah)







"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

2 Response to "KELAS TAJWID"

  1. Unknown says:
    Sat Jun 26, 08:36:00 AM

    salam kak..

    BErminat nk join.. Erm.. tapi jauh hmm

    sabtu ahad ke??

  2. liza says:
    Sat Jun 26, 09:36:00 AM

    salam.

    boleh je..
    sistem yang akak buat camni..
    Actually akak xspesifikkan tempat,tarikh, n masa. semua ni bergantung kepada kesesuaian org yg nk blaja. Kita akan bincang n decide masa yg sesuai untuk kita. Contohnya, kalau yg nk blaja ana sorang, kita teruskan je mengikut masa yg kita setujui. Akak faham, susah nk kumpul sume skali jadi takkan nak tunda bagi org yg betul2 nak blaja tu.. Akak cuma nak tlg..

    Akak plan sem baru dalam bulan 7 or 8 akak nak buat kat surau tekun/saujana, time tu budak u baru masuk..

    So, skrg bergantung p ana sesuai n selesa macam mana, nnti kita bincang..

Post a Comment