Pusat Tuisyen

Alhamdulillah, jumlah pelajar Pusat Tuisyen Cahaya Ilmu kini mencecah 5 orang. Semua pelajar adalah di sekitar Taman Jade View kerana mereka yang tinggal diluar kawasan mengalami masalah penghantaran. Jangan bimbang, kami juga bersedia ke rumah pelajar pada masa yang ditetapkan dengan bayaran yang berpatutan.

Kini, kami memikul amanah yang besar untuk meningkatkan mutu pembelajaran pelajar lebih2 lagi seorang pelajar yang mengalami masalah Disleksia. InsyaAllah, dengan kepercayaan yang anda berikan, kami akan melakukan segala yang terbaik bagi memastikan pelajar2 mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan dan juga kehidupan di dunia dan di akhirat.


***************************
Assalamualaikum

Ahlan Wasahlan!!

Alhamdulillah, dengan kudrat yang dianugerahkannya kelas tuisyen yang kami rancangkan ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Walaupun tak begitu ramai yang mendaftar tetapi kami yakin bahawa kehadiran 2 orang pelajar yang benar2 ingin belajar ini akan berkembangbiak menjadi 20 orang pelajar, InsyaAllah. Kami juga bersedia bergerak ke rumah pelajar sekiranya mereka tiada transport untuk ke tempat kami atau mereka perlukan personal teacher untuk mengajar. Bayarannya juga berbeza.

Alhamdulillah, untuk bulan 7 ini seorang pelajar lagi akan masuk mendaftar. Kelas ini terbuka untuk pelajar di sekitar pulau pinang. Daripada pendaftaran yang sedia ada, pelajar adalah daripada Taman Jade View kerana ia lebih dekat dan lebih mudah.

Sekiranya anda berminat menghantar anak anda ke sini, amatlah kami alu-alukan. Ataupun anda ada anak saudara, adik, adik ipar, adik angkat dll bolehlah mendaftar di tempat kami. Banyak kelebihan dan kemudahan yang kami sediakan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman kami di Cahaya Ilmu Ilahi.

Kami tidak dapat berjanji bahawa pelajar2 ini pasti akan skor A setiap subjek tetapi kami berani berjanji untuk membuat yang TERBAIK bagi memastikan pelajar2 ini mendapat yang TERBAIK.

"KECEMERLANGAN PELAJAR KEPUASAN KAMI"