Khutbah jumaat..Nuzul Quran


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayng

"Sayang.. tolong abang tuliskan ni..."Suamiku berkata sambil dia menghulurkan sebatang pen dan sehelai kertas kosong. Saya masih terpinga2. Tak faham. Baru je balik daripada solat jumaat.

"Apa ni? Nak buat ape?".

"Abang nak mintak sayang tolong tuliskan isi2 penting dalam solat jumaat tadi. Dr.Danial yang bagi khutbah, dia cerita tentang Nuzul Quran. Abang bagi isi, sayang tulis, lepas tu sayang tolongla huraikan, boleh letak dalam blog. Sayang kan pandai tulis." Tersengih dia. Membodek la tuh. Itulah suami saya. Dia suka bercerita apa yang telah disampaikan dalam solat jumaat. Kadang2 dia bercerita masa makan tengahari, kadang2 waktu petang atau malam.

Hari Nuzul Quran 17 Ramadhan, jumaat lepas di mana ia merupakan cuti umum. Sepatutnya saya bercerita tentang ini jumaat lepas, tapi tak sempat nak menulis. Seperti yang kita sedia maklum, Bulan Ramadhan merupakan bulan paling mulia, bulan paling special dalam kalangan bulan2 lain yang Allah anugerahkan kepada umat islam. Kenapa?. Sebabnya dalam bulan ini ada satu malam yang mana ia lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar. Sedar tak sedar, hari ini telah masuk Ramadhan yang ke 23 iaitu 10 hari terakhir yang ditunggu2, pecutan terakhir sebelum ia berakhir, mengembara mencari cintaNya, mencari ampunanNya. Di sini keimanan dan ketaqwaan kita teruji, sama ada kita sanggup mengorbankan mimpi2 indah kita dengan bangun bermunajat kepada Yang Esa atau terus lena dibuai mimpi.

Hakikatnya, Ramadhan bukan bertujuan untuk mengurangkan berat badan, untuk kelihatan cantik dan menawan kerana berpuasa seperti yang banyak diiklankan di televisyen, tetapi ia adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Allah ada menjelaskan dalam firmanNya yang bermaksud, "Wahai orang2 yang beriman!, Diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agapr kamu bertaqwa." (Surah AlBaqarah: ayat 183)

Apakah yang dimaksudkan dengan taqwa?. Abdullah Ibnu Mas'ud dalam Tafsir Ibnu Kathir menyatakan Taqwa sebagai taat bukan ingkar, ingat bukan lupa, syukur bukan kufur. Adakah kita benar2 bertaqwa kepadaNya?.


"Sesunggungnya orang2 yang beriman adalah..

1. Mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,
2. dan apabila dibacakan ayat2Nya kepada mereka, bertambah kuat imannya..
3. dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal,
4. Iaitu orang2 yang melaksanakan solat,
5. dan yang menginfakkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka."
(Surah AlAnfal: ayat 2)

Kita?

Apabila mendengar atau membaca ayat2Nya, gementar tak hati kita? bertambah kuat tak iman kita? Kalau tak, something wrong somewhere in our heart. Check it out!.

Masyarakat kita hari ni pelik dan aneh tapi benar!. Rasa2nya Bulan Ramadhan ni adalah satu bulan yang tak boleh nak spend duit malah semakin tiada duit. Bazar Ramadhan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bagaikan satu fenomena. Masyarakat pula berpusu2 ke Bazar Ramadhan. Duit dibelanjakan untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa, kadang2 tak habis pun makanan yang dibeli kerana terlalu banyak, maka akhirnya terbuang dan membazir. Dua minggu terakhir Ramadhan pula, masyarakat mula membeli dan menukar langsir baru, perabot baru dan segala-galanya baru. Iklan di televisyen pula semakin banyak mempengaruhi pengguna membeli perabot baru sama ada secara tunai mahupun hutang. Ini adalah satu fenomena yang sering dilihat setiap tahun.

Di Bulan Ramadhan yang mulia ini juga, masih banyak yang membuat maksiat malah ia semakin berleluasa. Pasangan yang beragama islam berdua-duaan di bilik hotel selepas berbuka puasa, ada juga yang tanpa segan silu berdua-duaan di tepi2 jalan. Seperti yang dapat dilihat pada malam 31 Ogos bersamaan 21 Ramadhan, terdapat begitu ramai mat2 motor bersama pasangan masing2 di sepanjang pantai Queensbay, pantai seagate, dan padang kota. Terlalu ramai. Sayang sekali, saya tak sempat mengambil gambar mereka untuk ditunjukkan di sini. Inilah titik2 hitam yang akan memulakan fenomena pembuangan bayi secara besar-besaran selepas 9 bulan dari sekarang. Astaghfirullahal'Azim.

Berbalik kepada NuzulQuran, waktu ini cuti umum. Tapi kita hanya sekadar cuti, tapi tak cuba mendekati AlQuran. Umat islam sekarang hanya mengaji AlQuran tapi tak cuba mengkaji isi kandungannya, menghayati maksudnya serta mengamalkan suruhanNya. Kita perlu memaksa diri kita untuk membuat lebih baik dari yang biasa. Suatu perkara yang dipaksa semata2 untuk mencari redhaNya, insyaAllah keikhlasan dan ketenangan akan wujud dalam hati kita.

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka2nya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (Surah AtThalaq: ayat 2 dan 3)




"Ya Allah, jangan biarkan kami lalai, kami takut nerakaMu"

0 Response to "Khutbah jumaat..Nuzul Quran"

Post a Comment