CIRI-CIRI ORANG BERTAQWA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Malam itu tenang sekali. Bekerja sepanjang hari, terasa letih seluruh badan. Namun, tetap digagahi jua, menjalankan tanggungjawab sebagai hamba kepada yang Esa. Usai solat maghrib, kami meneruskan dengan tadarus al-quran. Sambil mengaji, sambil kami memperbetulkan bacaan. Tidak lupa juga untuk kami mentadabbur isi kandungannya sebagai tazkirah rohani bagi hati. Di sini saya ingin kongsikan beberapa ayat yang kita boleh renungkan bersama menerusi surah Al-Baqarah ayat 14-27.


Dan sesungguhnya Allah telah berfirman dengan qalamNya yang bermaksud:

“dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.”

Katakanlah, ‘Mahukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?’. Bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang ,mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya.
Iaitu orang-orang yang berdoa, “Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka.”

Juga orang yang sabar, orang yang benar-benar taat, orang yang menginfakkan hartanya, dan orang yang memohon ampunan pada waktu sebelum fajar.”



Dan sesungguhnya fitrah kejadian manusia sangat berkeinginan terhadap perempuan-perempuan. Lihat saja iklan-iklan di televisyen, hampir 90% iklan mengiklankan wanita bukanlah produk yang ingin dipaparkan. Setelah Berjaya membina sebuah keluarga,kita inginkan juga anak-anak yang ramai, kita inginkan lagi harta kekayaan berupa rumah yang besar, taman-taman yang indah, perabot-perabot yang mewah, dan makanan-makanan yang enak. Tidak cukup dengan itu juga, kita pasti mengimpikan kereta dan MPV serta perniagaan-perniagaan yang dapat meningkatkan ekonomi rumahtangga. Sememangnya, inilah hakikat ciptaan manusia yang berkeinginan terhadap sesuatu yang dapat memuaskan hawa nafsu diri. Namun, kita mempunyai pilihan sama ada ingin menjadi manusia yang kaya dan bertaqwa atau manusia yang kaya dan terpesong.

Allah mengkhabarkan bahawa orang-orang yang bertaqwa akan dianugerahkan taman2 syurga bersama pasangan2 mereka. Apakah ciri-ciri orang yg bertaqwa itu? Iaitu...

1. Orang2 yg berdoa, “Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka.”
2. Org2 yg sabar
3. Org yg benar2 taat
4. Org yg menginfakkan hartanya (bersedekah)
5. Org yg memohon ampunan sblm waktu fajar (qiamullail)


Orang-orang yang bertaqwa akan dianugerahkan syurga, ini janjiNya. Allah tidak akan pernah memungkiri janjiNya. Asalkan kita mematuhi segala perintahNya dan menjauhi laranganNya. Kita juga digalakkan berdoa dengan doa yang terdapat di dalam Al-quran, kerana Al-quran daripada Allah, dan ayat-ayatNya lebih baik, lebih suci, dan lebih makbul. Untuk menjadi orang yg bertaqwa, kita perlu korbankan sedikit kemanisan dunia, agar kita lebih merasai kenikmatan akhirat. Tidak salah untuk kaya, tidak salah untuk mewah, tidak salah juga untuk berada di atas, namun kita perlu ingat dimana pun kita berada, siapa pun kita di dunia, kita adalah hamba, kita hanyalah hamba kepada yang Maha Kuasa, kita hanyalah hamba kepada Yang Maha Pencipta.


Rasulullah saw telah berpesan kepada Muaz agar tidak sekali-kali melupakan doa ini:

“Ya Allah, berilah aku pertolongan untuk selalu mengingatiMu dan beribadah dengan baik kepadaMu.”

0 Response to "CIRI-CIRI ORANG BERTAQWA"

Post a Comment